FORGOT YOUR DETAILS?

SOALAN LAZIM

UNIT HASIL

Cukai Tanah ditafsirkan sebagai "sewa" di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai:

  • apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
  • apa-apa pembayaran lain yang terhutang kepada PBN yang mengikut mana-mana undang-undang bertulis hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
  • apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.

Merujuk kepada Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965, setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah tahunan.

Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Selepas daripada tarikh tersebut, denda lewat akan dikenakan.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri setiap tahun tanpa perlu menunggu makluman melalui bil cukai tanah.

Di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, tanah anda akan DIRAMPAS.

Pembayaran online cukai tanah boleh dibuat sama ada melalui :

  1. Portal e-Bayaran PTG (http://ebayaran.ptgkedah.gov.my)
  2. Portal iBayaq (http://ibayaq.kedah.gov.my).

Bayaran cukai tanah boleh dibayar dimana-mana kaunter hasil Pejabat Daerah dan Tanah di dalam negeri Kedah.

UNIT PENDAFTARAN HAKMILIK

Ini adalah kerana di bawah Kanun Tanah Negara 1965, setiap instrumen yang melibatkan urusniaga perlu di daftarkan sebelum ianya diiktiraf berkuatkuasa.

  • Pindahmilik
  • Pajakan dan Sewaan
  • Gadaian dan Lien
  • Isemen
  • Borang 14A - pindahmilik tanah, bahagian atau pajakan
  • Borang 14B - pindahmilik gadaian
  • Borang 15A - pajakan tanah
  • Borang 15B - pajakan kecil tanah
  • Borang 15C - penyerahan balik pajakan
  • Borang 16A - gadaian - untuk menjamin pembayaran wang pokok
  • Borang 16B - gadaian - untuk menjamin pembayaran wang semasa
  • Borang 16C - penagguhan gadaian
  • Borang 16F - perakuan jual oleh Mahkamah
  • Borang 16I - perakuan jual oleh Pentadbir Tanah
  • Borang 16N - melepaskan gadaian
  • Borang 17A - pemberian isemen
  • Borang 17B - pemberian isemen berbalas (berkenaan dengan dinding kongsi)
  • Borang 17C - melepaskan isemen

Seksyen 210(2) KTN memperuntukan orang sebenar hendaklah menyempurnakan suratcara urusan dengan menurunkan tandatangan atau cap ibu jarinya ke atas suratcara tersebut. Orang sebenar ialah termasuk:

  • orang perseorangan
  • orang perseorangan atas sifatnya sebagai pemegang amanah
  • pegawai awam seperti mana-mana pegawai Mahkamah dan Pegawai Pemegang Harta
  • orang perseorangan atas sifatnya sebagai penerima di bawah surat kuasa wakil
  • Sebuah syarikat yang didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965 boleh menyempurnakan suratcara dengan menurunkan meterai syarikat dan kenyataan yang ditandatangani oleh setiausaha syarikat atau pegawai tetap lain atau timbalannya dan mana-mana ahli lembaga pengarah yang mengesahkan bahawa meterai itu diturnkan ke atas suratcara di hadapan mereka.
  • Pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri boleh menyempurnakan suratcara urusan dengan cara yang terkandung dalam undang-undang tubuhnya.
  • Pertubuhan yang ditubuhkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan ianya memiliki tanah bukan atas nama pemegang-pemegang amanah, maka suratcara urusan berkenaan dengan tanah tersebut hendaklah disempurnakan oleh tiga orang pegawai pertubuhan itu yang ada pada masa ini (pelantikan mereka disahkan dengan sijil yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan) dan dimeterai dengan meterai pertubuhan itu.

  • Majistret
  • Pengarah Negeri
  • Pendaftar Hakmilik
  • Pentadbir Tanah
  • Peguambela dan Peguamcara
  • Notari Awam
  • Pegawai-Pegawai di kedutaan seperti di Jadual Kelima KTN

Surat Kuasa Wakil adalah satu dokumen yang memberi kuasa kepada mana-mana orang atau badan untuk bertindak bagi pihak yang terlibat sebagaimana tafsiran Seksyen 10 Akta Surat Kuasa Wakil 1949 dan dokumen Surat Kuasa Wakil tersebut perlulah didaftarkan di Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, di bawah Seksyen 433F, semua suratcara atau instrumen yang ditandatangani oleh bukan warganegara yang memegang Surat Kuasa Wakil adalah tidak sah dan tidak boleh di daftarkan.

Tidak boleh. Bayaran duti setem dan cukai tanah bagi tahun semasa haruslah dijelaskan sebelum pendaftaran urusan dibuat.

TOP