FORGOT YOUR DETAILS?

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

OBJEKTIF

Menyediakan spesifikasi program pengkomputeran untuk Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat –Pejabat Tanah Daerah.

Memastikan perjalan sistem-sistem PENTADBIRAN TANAH yang dibangunkan dapat beroperasi dengan sepenuhnya.

Mengurus penyelenggaraan aplikasi dan perkakasan dengan cekap.

Mengawal selia projek pengkomputeran di semua Pejabat Tanah dan daerah.

Menyelaras seluruh maklumat yang diterima di Pejabat Pengarah Tanah dan daerah untuk dijadikan laporan bulanan/tahunan bagi memudahkan keputusan dibuat.

Mengenalpasti data-data tanah yang diperlukan dengan tepat dan mengemaskini data-data tersebut menerusi komputer yang sedia ada dengan lebih berkesan.

Menyediakan kursus-kursus komputer rerhadap sistem-sistem yang dibangunkan kepada kakitangan di semua Pejabat Tanah dan daerah.

FUNGSI

Mengurus, menyelenggara, menambahbaik, meningkatkan sistem-sistem pentadbiran Negeri Kedah.

Mengurus aduan kerosakan berkaitan peralatan ICT.

Mengurus sistem rangkaian PTG Kedah.

Mengurus Peralatan Server

Mengurus sistem backup PTG Kedah

Mengurus Aset ICT PTG Kedah

Mengurus Penyelenggaraan Teknikal ICT

Mengurus Keselamatan data ICT

Mengurus ICT Helpdesk

PIAGAM PELANGGAN

01

2 Hari

Membaikpulih perkakasan ICT (Dalaman).
02

1 - 2 Hari

Memberi khidmat nasihat dan menyelesaikan aduan atau aduan kerosakan yang diterima daripada pengguna.
03

6 Kali Setahun

Menyediakan latihan ICT, latihan sistem sedia ada dan sistem baru kepada warga pentadbiran tanah.
04

5 Hari Bekerja

Memastikan laman web PTG Kedah boleh dicapai dan sentiasa dikemaskini.
05

1 - 2 Hari

Memastikan rangkaian LAN dan server-server sistem boleh dicapai semasa tempoh waktu bekerja ridak termasuk waktu penyelenggaraaan.
06

3 Bulan Daripada Tarikh Kelulusan Bahagian Kewangan

Mengurus semua pembelian dan pembekalan perkakasan dan perisian komputer.
07

1 Hari

Persediaan peralatan ICT untuk kegunaan mesyuarat, taklimat dan latihan
TOP