FORGOT YOUR DETAILS?

UNIT SEKATAN KEPENTINGAN

OBJEKTIF

Melaksanakan dasar-dasar dan perundangan Kerajaan yang berkaitan permohonan-permohonan:-

  • Cabut Keluar Tanah Simpanan Melayu dan Menukar Ganti Dengan Tanah Luar SimpananMelayu (Swapping).
  • Mengisytiharkan Sesebuah Badan/Syarikat, Institusi dan Individu Sebagai “Melayu” Di Bawah Seksyen 19, Undang-Undang No. 63 (Tanah Simpanan Bagi Orang Melayu).
  • Pemerolehan Tanah Orang Warganegara / Syarikat Asing.
  • Pindahmilik dan Gadaian Tanah Yang Mempunyai Syarat Sekatan Kepentingan Untuk Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Memastikan setiap aktiviti-aktiviti unit dilaksanakan mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.

Memberikan perkhidmatan yang cekap, bersih dan amanah kepada jabatan serta orang ramai yang ada kaitan secara langsung dengan seksyen ini.

Meningkatkan penggunaan tanah yang optima supaya aktiviti pembangunan tanah dibangunkan dengan sistematik.

PIAGAM PELANGGAN

01

90 Hari Bekerja

Memproses dan mengemukakan permohonan Cabut Keluar Tanah Simpanan Melayu dan ditukargantikan dengan Tanah Luar Simpanan Melayu kepada Pihak Berkuasa Negeri.
02

60 Hari Bekerja

Memproseskan dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri permohonan isytihar Syarikat, GLC, Istitusi dan individu sebagai “Melayu” mengikut seksyen 19 Undang-Undang No.63 ( Tanah Simpanan Bagi Orang-Orang Melayu).
03

60 Hari Bekerja

Menerima dan memproses permohonan Pemerolehan Tanah oleh Warganegara dan Syarikat Asing menurut Seksyen 433B Kanun Tanah Negara.
04

30 HARI BEKERJA

Menerima dan memproses permohonan pindah milik dan gadaian tanah bersyarat Sekatan Kepentingan di bawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara
05

7 Hari Bekerja

Menerima keputusan daripada Pihak Berkuasa Negeri dan memaklumkan kepada pemohon.
06

7 Hari Bekerja

Menerima dan memproses Pelan Warta (PW) Cabut Keluar Tanah Simpanan Melayu dan ditukar gantikan dengan Tanah Luar Simpanan Melayu menurut Seksyen 4 (1) (b) dan 3(1) Enakmen Simpanan Melayu 1930 yang dikeluarkan oleh JUPEM bagi tujuan pewartaan.
07

7 Hari Bekerja

Menerima dan memproses Perwartaan Cabut Keluar Tanah Simpanan Melayu dan ditukar gantikan dengan Tanah Luar Simpanan Melayu menurut Seksyen 4 (1) (b) dan 3(1) Enakmen Simpanan Melayu 1930 yang dikeluarkan oleh PNMB.
08

30 Hari Bekerja

Menerima dan memproses permohonan rayuan/pindaan semula keputusan Pihak Berkuasa Negeri.
TOP