FORGOT YOUR DETAILS?

UNIT PENGAMBILAN

OBJEKTIF

Melaksanakan proses pengambilan tanah yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri, Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan pihak swasta bagi projek-projek pembangunan demi kepentingan rakyat dan negara.

Memastikan projek-projek pembangunan yang direncanakan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang selaras dengan tujuan dan dapat memberikan manfaat serta kesejahteraan kepada rakyat.

Meningkatkan penggunaan tanah yang optimum supaya aktiviti ekonomi menjadi lebih produktif dan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Memastikan setiap aktiviti di dalam proses pengambilan tanah dilaksanakan mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Memastikan segala pekeliling/arahan/peraturan/prosedur yang berkaitan dengan Akta Pengambilan tanah 1960 diikuti dan dipatuhi setiap Pentadbir Tanah Daerah.

No. Telefon Unit Pengambilan

04-702 7923, 04-702 7925

FUNGSI

Memantau dan menyelaras proses pengambilan tanah di negeri Kedah.

Menyediakan data, statistik, laporan, maklumat dan maklumbalas berkaitan pengambilan tanah di negeri Kedah.

Menjadi urusetia mesyuarat jawatankuasa khas pengambilan tanah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Menyediakan kertas kerja pengambilan tanah dibawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk kelulusan Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK)

Menyediakan kertas kerja pengambilan tanah dibawah seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK).

Menyediakan kertas kerja perizaban tanah selepas pengambilan untuk kelulusan Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK).

Menyediakan kertas kerja pemberimilikan tanah selepas pengambilan untuk kelulusan Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK).

Menjadi pusat rujukan bagi proses permohonan pengambilan balik tanah di negeri Kedah.

Menggalakkan penggunaan sistem e-pengambilan untuk kecekapan pentadbiran tanah negeri Kedah.

Memproses permohonan pengeluaran deposit pengambilan tanah.

Memproses permohonan penjualan saham kerpan.

Mengambil tindakan ke atas aduan awam bagi kes-kes pengambilan yang terdahulu.

PIAGAM PELANGGAN

01

DALAM TEMPOH 3O HARI BEKERJA

Memproses permohonan pengambilan tanah yang lengkap di bawah Seksyen 3 (1) (a) bagi tujuan pewartaan Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) yang diterima daripada Pejabat Tanah Daerah (PTD) atau Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) (JKPTG) untuk diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
02

DALAM TEMPOH 30 HARI BEKERJA

Mengatur urus dengan Pejabat Tanah Daerah dan Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah (JKKPT) bagi permohonan pengambilan tanah yang lengkap yang dibuat di bawah seksyen 3(1)(b) ATAU (c) APT 1960.
03

DALAM TEMPOH 30 HARI BEKERJA

Memproses permohonan pengambilan tanah yang lengkap di bawah Seksyen 3 (1) (b) ATAU (c) yang telah diluluskan oleh JKKPT bagi tujuan pewartaan Seksyen 4 Akta APT 1960 untuk diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan MMKN.
04

DALAM TEMPOH 14 HARI BEKERJA

Mengurus Borang B (Kuasa Untuk Membuat Ukur) di bawah seksyen 5 APT 1960 yang diterima daripada PTD atau JKPTG untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG).
05

DALAM TEMPOH 30 HARI BEKERJA

Memproses permohonan pembaharuan pewartaan seksyen 4 APT 1960 (sekiranya dimohon) yang diterima daripada PTD dan JKPTG untuk diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan MMKN.
06

DALAM TEMPOH 30 HARI BEKERJA

Memproses permohonan pengambilan tanah yang lengkap sama ada di bawah Seksyen 3(1)(a), (b) atau (c) bagi tujuan pewartaan seksyen 8 APT 1960 yang diterima daripada PTD atau JKPTG untuk diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan MMKN.
07

DALAM TEMPOH 14 HARI BEKERJA

Menyusun atur edaran pemakluman keputusan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Warta Kerajaan sama ada di bawah Seksyen 4 atau 8 kepada pihak yang terlibat.
08

DALAM TEMPOH 21 HARI BEKERJA

Memproses permohonan Borang I (Sijil Perakuan Segera) sekiranya dipinta daripada PTD atau JKPTG untuk pertimbangan dan kelulusan PTG.
09

DALAM TEMPOH 30 HARI BEKERJA

Memproses permohonan penarikan balik pengambilan tanah di bawah seksyen 35 APT 1960 [Akta 486] yang diterima daripada PTD atau JKPTG untuk diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan MMKN.
10

DALAM TEMPOH 21 HARI BEKERJA

Memproses permohonan yang lengkap bagi pengeluaran pampasan (affidavit withdrawal) yang melibatkan pengambilan tanah bagi projek-projek terdahulu.
11

DALAM TEMPOH 14 HARI BEKERJA

Memproses Borang Pengecualian Bayaran Ukur selepas berlaku pengambilan tanah bagi tanah yang di buat pengambilan sebahagian yang dikemukakan oleh PTD bagi kelulusan PTG.
TOP