FORGOT YOUR DETAILS?

UNIT PELUPUSAN

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan berhubung dengan Pelupusan dan Pemberimilikan Tanah.

Memastikan supaya pemberian tanah dapat disegerakan dalam masa yang singkat dan berkesan.

Memastikan setiap prosedur kerja dilaksanakan mengikut Undang –Undang yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) dan Kaedah-Kaedah Tanah Kedah Darul Aman 2018.

Memberikan perkhidmatan yang telus, adil dan saksama kepada orang awam yang berurusan dengan unit ini.

No. Telefon Unit Pelupusan

04-702 7966, 04-702 7967

FUNGSI

Memproses permohonan tanah kerajaan secara hak milik bagi Badan Kerajaan / Badan Berkanun dan syarikat.

Memproses permohonan tanah kerajaan secara hak milik bagi individu.

Memproses permohonan tanah kerajaan secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi Badan Kerajaan / Badan Berkanun dan syarikat.

Memproses permohonan tanah kerajaan secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi individu.

Memproses permohonan tanah kerajaan secara perizaban dibawah eksyen 62 KTN.

Memproses permohonan tebus guna laut.

Memproses permohonan sambung tempoh pajakan dibawah Seksyen 90A KTN.

Memproses permohonan pembatalan tanah simpanan (RC).

Memproses permohonan Sijil Pertanian oleh orang-orang Siam.

Memproses permohonan lot kediaman Pegawai-Pegawai Kerajaan (Tanah Anugerah).

Memproses permohonan tanah dibawah Akta GSA 1960.

Memproses pewartaan Hutan Simpan.

Memproses permohonan hak milik sambungan sebelum KTN 1965.

PIAGAM PELANGGAN

01

4 KALI SETAHUN (TERTAKLUK KEPADA FAIL DAN TARIKH)

Menerima dan memproses permohonan tanah kerajaan secara pemberimilikan oleh individu di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara untuk pertimbangan Jawatankuasa Tanah Negeri Kedah – Syarat pertanian bawah 10 ekar (4.04 hektar)
02

60 HARI BEKERJA

Menerima dan memproses permohonan yang berkaitan kelulusan pihak berkuasa negeri
  • Permohonan Tanah Kerajaan Secara Pemberimilikan Oleh Individu Di Bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara
  • Permohonan Tanah Kerajaan Secara Pemberimilikan Oleh Badan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan Dan Syarikat Di Bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara
  • Permohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Pendudukan Sementara Di Bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara
  • Permohonan Tanah Kerajaan Secara Perizaban Di Bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara
  • Permohonan Tebus Guna Laut
  • Permohonan Lanjutan Tempoh Pajakan Di Bawah Seksyen 90A Kanun Tanah Negara
  • Permohonan Pembatalan Tanah Simpanan (RC) Di Bawah Seksyen 64 Kanun Tanah Negara Dan Pemberimilikan Di Bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara
  • Permohonan Tanah Kerajaan Untuk Lot Kediaman Oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan (Tanah Anugerah)
  • Permohonan Tanah Berkelompok Di Bawah Akta Gsa 1960
  • Permohonan Untuk Pelanjutan Tempoh Borang 5A Di Bawah Kaedah 7 Kaedah-Kaedah Tanah Kedah 2018
03

30 HARI BEKERJA

Menerima Dan Memproses Permohonan Yang Berkaitan Kelulusan Pengarah Tanah Dan Galian
  • Permohonan Tanah Kerajaan Secara Lesen Pendudukan Sementara Di Bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara – Tapak Menara Dan Papan Iklan
  • Permohonan Sijil Pertanian Siam Di Bawah Seksyen 8(1)(B) Enakmen 63 Simpanan Melayu
04

14 HARI BEKERJA

Menerima Dan Memproses Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Kepada Pentadbir Tanah Yang Berkenaan
05

45 HARI BEKERJA

Menerima Dan Memproses Permohonan Rayuan / Pembetulan / Pindaan Semula Keputusan Pihak Berkuasa Negeri
06

30 HARI BEKERJA

Menerima Dan Memproses Permohonan Pewartaan Pembatalan Kawasan Hutan Simpan Di Bawah Enakmen 13(1)(B) Akta Pemakaian Hutan
07

14 HARI BEKERJA

Memproses Permohonan Pewartaan Di Bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara
TOP