FORGOT YOUR DETAILS?

UNIT KUOTA MELAYU

OBJEKTIF

Membantu dan memberi pandangan kepada Pihak Berkuasa Negeri berkaitan penetapan kuota Melayu dan menyemak permohonan pembangunan ( perumahan atau perniagaan) dan memastikan kedudukan lot kuota Melayu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Membuat tinjauan dan penguatkuasaan di tapak-tapak projek yang melibatkan kuota Melayu bagi mengelak sebarang ketidakpatuhan.

Mengumpul dan meyelaraskan data kuota Melayu supaya dikemaskini.

Mengkaji , menyemak dan mengesyorkan dasar-dasar yang sesuai berkaitan dengan kawalan kuota Melayu di masa hadapan.

Mewujudkan satu kaedah pemantauan, mengawal pindahmilik dan penjualan lot kuota Melayu supaya sempurna dan teratur.

Menyediakan laporan berkenaan kuota Melayu kepada pentadbiran tanah dan Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

FUNGSI

Unit ini ditubuhkan khas untuk melaksanakan kawalan Lot Kuota Melayu yang melibatkan tanah berkategorikan bangunan dimana syarat nyata ialah perumahan dan perniagaan di seluruh Negeri Kedah.

Unit ini berperanan sebagai pemantau bagi projek pembangunan yang melibatkan Kouta Melayu dan menyemak permohonan berkaitan selaras dengan syarat penetapan kuota Melayu diguna pakai.

Unit ini juga akan merangka dan mewujudkan mekanisme penguatkuasaan / kawalan yang efektif untuk memastikan tiada penyelewengan dalam penentuan lot kuota Melayu.

Menjaga kepentingan orang Melayu di negeri Kedah untuk memiliki hartanah dengan mewujudkan satu sistem database mengenai Lot Kouta Melayu yang lebih cekap dan sistematik.

Mewujudkan satu data terkumpul untuk pemilikan lot Melayu serta mengawal pindah milik lot Melayu.

Membantu dan memberi pandangan kepada Pihak berkuasa Negeri berkaitan penetapan kuota Melayu menyemak permohonan pembangunan (Perumahan/perniagaan) dan memastikan kedudukan Lot Kuota Melayu mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Membuat tinjauan dan penguatkuasaan di tapak-tapak projek yng melibatkan kuota Melayu bagi mengelak sebarnag ketidakpatuhan.

Mengumpul dan menyelaraskan data Lot Kuota Melayu supaya sentiasa dikemaskini.

Mengkaji, menyemak dan mengesyorkan dasar-dasar yang sesuai berkaitan dengan kawalan kuota melayu di masa hadapan.

Mewujudkan satu kaedah pemantauan, mengawal pindahmilik dan penjualan Lot Kuota Melayu supaya sempurna dan teratur.

Menyediakan laporan berkenaan kuota Melayu kepada pentadbir tanah dan Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

PIAGAM PELANGGAN

01

14 HARI BEKERJA

Mengurus Mesyuarat Penetapan TataLetak Lot Kuota Melayu bagi Fail Ubah Syarat (A)
02

30 HARI BEKERJA

Penyediaan Kertas Kerja bagi permohonan pertukaran Lot Kuota Melayu dalam projek yang sama
03

30 HARI BEKERJA

Penyediaan Kertas Kerja untuk Permohonan Pindahmilik Sebahagian Projek
04

30 HARI BEKERJA

Penyediaan Kertas Kerja Permohonan Pembatalan Lot Kuota Melayu (Tanah)
TOP