FORGOT YOUR DETAILS?

BAHAGIAN PERUNDANGAN

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan kelas pertama dalam pentadbiran tanah dan memastikan segala permasalahan dapat ditangani dengan cemerlang selari dengan moto Kerajaan Negeri.

Memberi nasihat perundangan yang berkualiti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Malaysia kepada Jabatan.

No. Telefon Bahagian Undang-undang

04-702 7913

FUNGSI

Memberi nasihat undang-undang kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan Pentadbir Tanah Daerah mengenai undang-undang tanah.

Menyedia dan merangka deraf undang-undang, pindaan pada undang-undang dan perundangan subsidiari berkaitan seperti Kaedah Tanah Negeri , Akta Hakmilik Strata, dan lain-lain.

Meneliti dan memberi arahan kepada kertas-kertas siasatan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara (56 tahun 1965), Akta Hakmilik Strata, Enakmen Mineral Negeri dan lain-lain.

Membantu Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah (PUUNK) menyediakan kertas-kertas kuasa dan dokumen yang berkaitan mengenai kes-kes sivil yang melibatkan undang-undang tanah.

Menyemak deraf-deraf perjanjian, Memorandum atau lain-lain dokumen undang-undang.

Menghadiri mesyuarat-mesyuarat sebagaimana diarahkan oleh PTG.

Menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh PTG dan PUUNK dari semasa ke semasa.

PIAGAM PELANGGAN

01
Memberi pandangan dan nasihat perundangan kepada Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah Daerah mengenai Undang-undang tanah.
02
Membuat semakan awal bagi deraf perjanjian atau memorandum yang melibatkan pentadbiran tanah Negeri Kedah.
03
Menyediakan dan merangka deraf undang-undang atau pindaan undang-undang subsidiari berkaitan Kaedah-Kaedah Tanah Negeri, Kaedah-Kaedah Di bawah Akta Hakmilik Strata dan lain-lain.
04
Menyediakan kertas-kertas klausa dan dokumen berkaitan kes-kes sivil yang melibatkan undang-undang tanah.
TOP