FORGOT YOUR DETAILS?

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (PENTADBIRAN)

OBJEKTIF

Mewujudkan dan melaksanakan satu sistem pentadbiran jabatan yang cekap dan berkesan.

Membantu merancang pentadbiran jabatan dan memastikan pengurusan pentadbiran yang optima di jabatan dengan cekap dan berkesan.

Membantu merealisasikan pengurusan pentadbiran yang dinamik agar menguntungkan dan memberi kesejahteraan serta kesempurnaan kepada rakyat selaras dengan dasar-dasar jabatan dan Kerajaan Negeri.

FUNGSI

Menguruskan statistik perjawatan, pengisian perjawatan, pertukaran dan penempatan, Pengurusan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), urusan kenaikan pangkat dan perletakan jawatan.

Menguruskan rekod perkhidmatan, rekod cuti, pengesahan dalam perkhidmatan, urusan perletakan ke dalam perkhidmatan pencen, pencalonan Anugerah Perkhidmatan dan Pingat Kebesaran, urusan persaraan, pengisytiharan harta dan urusan permohonan pinjaman perumahan, komputer dan motosikal.

Menguruskan mesyuarat, pengurusan pejabat, urusan surat-menyurat, pengurusan perkhidmatan telefon, sistem fail dan rekod, pelupusan rekod, pengurusan kenderaan dan menguruskan Warta Seksyen 12 Kanun Tanah Negara.

Menguruskan peperiksaan perkhidmatan, latihan, rekod latihan dan e-PSM.

Menguruskan semua aset alih, aset hidup dan stor yang meliputi penerimaan, pendaftaran, pengawasan penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira.

PIAGAM PELANGGAN

01

2 Hari

Memproses Pengesahan Dalam Jawatan
02

2 Hari

Memproses Permohonan Perlanjutan Tempoh Percubaan
03

2 Hari

Memproses Kelulusan Penyata Perubahan
04

3 Hari

Memproses Permohonan Menanggung Kerja
05

2 Hari

Memproses Permohonan Pinjaman
06

1 Hari

Memproses Permohonan Keluar Negara
07

1 Hari

Memproses Permohonan Cuti Belajar
08

1 Hari

Memproses Permohonan Bantuan Rawatan
09

3 Hari

Memproses Urusan Persaraan
10

2 Hari

Memproses Permohonan Gantian Cuti Rehat
11

2 Hari

Memproses Anjakan Gaji
12

2 Hari

Memproses Laporan Pengisytiharaan Harta
13

3 Hari

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
14

7 Hari Sebelum Kursus

Memproses Tawaran Menghadiri Kursus
15

3 Hari

Memproses Maklumbalas Surat
16

7 Hari

Memproses Maklumbalas Aduan Awam
17

Dari Masa ke Semasa

Mengemaskini Rekod Perkhidmatan
TOP