FORGOT YOUR DETAILS?

UNIT PENGUATKUASAAN

OBJEKTIF

Memantau dan memastikan operasi kuari bahan batuan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Meminimakan aktiviti pelanggaran syarat kegunaan tanah.

Memantau dan mengambil tindakan ke atas pencerobohan tanah.

Memantau dan memastikan undang-undang di dalam Kanun Tanah Negara dipatuhi oleh segenap lapisan masyarakat.

Meningkatkan kutipan royalti bahan batuan.

FUNGSI

Menjalankan tugas-tugas pemantauan bahan batuan di seluruh negeri Kedah.

Melaksanakan tindakan penguatkuasaan bahan batuan secara ‘Ad-hoc’.

Menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan.

Menyediakan laporan aduan-aduan awam.

Menjalankan proses siasatan yang berkaitan dengan pelanggaran undang-undang.

Menyediakan kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 425 dan 426 Kanun Tanah Negara.

PIAGAM PELANGGAN

01

DALAM TEMPOH 5 HARI BEKERJA

Menyediakan Laporan Pemeriksaan Dan Siasatan Ke Atas Aduan Pencerobohan Tanah Kerajaan Dan Pengeluaran Bahan Batuan Serta Bahan Mineral Seluruh Negeri Kedah.
02

SETIAP HARI BEKERJA

Membuat Pemantauan Dan Penguatkuasaan Ke Atas Aktiviti Pengeluaran Bahan Batuan dan Bahan Mineral Di Bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara (Akta 828) serta Enakmen Mineral (2004) Kedah Di Seluruh Negeri Kedah.
03

TINDAKAN SEGERA BERDASARKAN ARAHAN PEGAWAI ATASAN

Memberi Bantuan Kepada Pentadbiran Tanah Daerah Negeri Kedah Dalam Operasi Penguatkuasaan Bahan Batuan, Bahan Mineral Dan Pencerobohan Tanah Kerajaan Di Bawah Seksyen 425 Dan 426 Kanun Tanah Negara (Akta 828).
04

DALAM TEMPOH 5 HARI BEKERJA

Membuat Pemantauan, Pemeriksaan Tapak Dan Menyediakan Laporan Terhadap Perlanggaran Syarat Kegunaan Tanah Di Seluruh Negeri Kedah. (Seksyen 127 KTN (Akta 828)
05

DALAM TEMPOH 30 HARI BEKERJA

Menyediakan Kertas Siasatan Bagi Kes-Kes Yang Melibatkan Pengeluaran Bahan Batuan , Bahan Mineral Dan Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Tak Sah.
TOP