FORGOT YOUR DETAILS?

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (KEWANGAN)

OBJEKTIF

Melaksanakan satu Sistem Pengurusan Kewangan dan Akaun yang cekap, kemas, berkesan dan amanah berlandaskan prosedur pembayaran yang telah ditetapkan oleh pekeliling dan arahan perbendaharaan yang berkuatkuasa.

FUNGSI

PENGURUSAN BAJET

Menyedia Anggaran Belanja Mengurus Bagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman mengikut Aktiviti seperti berikut :

  • 101000 – Pentadbiran, Perundangan dan Audit
  • 102000 – Pengurusan
  • 103000 – Pendaftaran

PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

  • Menyedia dan menyelaras kepada semua teguran audit yang melibatkan bayaran.
  • Mengurus Permohonan Pindah Peruntukan.
  • Menyedia Penyata Penyesuaian Vot Mengurus.
  • Menyedia dan mengurus Panjar Wang Runcit.
  • Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
  • Menyedia Pengeluaran Waran Perjalanan udara.
  • Menyedia dan mengurus permohonan pinjaman kenderaan dan computer.

PENGURUSAN PESANAN KERAJAAN

  • Menyedia pesanan kerajaan bagi perbelanjaan bekalan, perkhidmatan dan aset jabatan.

PENGURUSAN PEMBAYARAN GAJI

  • Menyedia dan mengurus bayaran Emolumen Kakitangan Tetap dan Kontrak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
  • Menyedia dan mengurus bayaran Emolumen Kakitangan Kontrak bagi Pejabat-pejabat Tanah Daerah Negeri Kedah.
  • Menyedia dan mengurus bayaran potongan KWSP, PERKESO dan institusi kewangan yang lain.
  • Menyedia dan mengurus bayaran Bantuan Kewangan (Bonus)

PENGURUSAN PEMBAYARAN BIL DAN TUNTUTAN

  • Mengurus bayaran tuntutan elaun perjalanan bagi kakitangan tetap dan kontrak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan kakitangan kontrak Pejabat-pejabat Tanah Daerah Negeri Kedah.
  • Mengurus bayaran tuntutan elaun lebih masa bagi kakitangan tetap dan kontrak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan kakitangan kontrak Pejabat-pejabat Tanah Daerah Negeri Kedah.
  • Mengurus bayaran tuntutan bayaran keluar stesen yang melibatkan pertukaran dalaman Jabatan.
  • Mengurus bayaran bil-bil TNB, Touch N Go, Telekom (TM) secara Pukal.
  • Mengurus bayaran bil-bil bekalan air (SADA) dan pembentungan (Indah Water)
  • Mengurus bayaran-bayaran balik bagi Bil Telefon, Pembayaran Pembelian Telefon, Elaun Pakaian Panas dan lain-lain.
  • Mengurus bayaran penggunaan minyak dan diesel kenderaan jabatan (SHELL)

PIAGAM PELANGGAN

01

Sepanjang Masa

Memberi perkhidmatan dan layanan terbaik kepada semua pelanggan
02

1 Bulan

Pembayaran gaji dan elaun bagi kakitangan lantikan baru dan pertukaran dari tarikh penerimaan laporan perubahan gaji (kew.8) / slip gaji akhir (LCP)
03

14 Hari

Pengurusan bayaran bil, tuntutan serta perolehan bekalan dan perkhidmatan
04

1 Bulan

Menyediakan Sistem Belanjawan Diubahsuai Tahunan
05

1 Bulan

Menjawab pertanyaan audit
TOP