FORGOT YOUR DETAILS?

BAHAGIAN AUDIT PENGURUSAN

OBJEKTIF

Memastikan pengurusan Pentadbiran Tanah dilakukan mengikut undang-undang ,peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

Menilai dan menentukan keberkesanan proses kawalan dalaman dan tadbir urus.

Memastikan semua rekod pengurusan tanah adalah tepat dan boleh dipercayai.

Memberi khidmat nasihat dan pandangan berdasarkan undang-undang dan peraturan tanah.

No. Telefon Bahagian Pentadbiran

04-702 7935, 04-702 7936

FUNGSI

Menyemak dan meneliti proses kerja di Peringkat Pentadbir Tanah Negeri.

Memberi nasihat dan garis panduan agar sistem dan proses Pentadbiran Tanah Negeri sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

Menyediakan laporan Audit Dalam kepada Jawatankuasa Audit Dalam dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.

Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Unit Audit Dalam untuk kelulusan Y. Bhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.

Memberi cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan dari masa ke semasa.

Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap pengurusan tanah.

Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan berdasarkan Aktiviti Utama Pentadbiran Tanah seperti berikut:

  • Permohonan dan Pemberimilikan
  • Pendaftaran
  • Hasil
  • Pembangunan Tanah
  • Penguatkuasaan

PIAGAM PELANGGAN

01

Seminggu

Mendapatkan laporan dari Bahagian / Seksyen di PTG:-
  • Permohonan dan Pemberimilikan
  • Pendaftaran
  • Hasil
  • Pembangunan Tanah
  • Penguatkuasaan
  • Teknologi Maklumat
02

3 Hari 1 Daerah

Melaksanakan kerja-kerja auditan terhadap Pejabat Tanah Daerah serta berdasarkan kes-kes yang diarahkan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
03

Seminggu

Menyediakan bahan/ maklumat untuk rumusan dan laporan hasil auditan yang telah dibuat di Pejabat Pengarah Tanah Daerah seluruh negeri Kedah untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam.
04

Segera

Menguruskan keperluan dan urusan bagi perlaksanaan mesyuarat yang dikendalikan oleh urusetia Unit Audit Dalam.
05

3 Hari

Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam.
06

Seminggu

Mendapatkan maklumbalas dan jawapan kepada soalan-soalan auditan daripada semua Pejabat Tanah Daerah seluruh Negeri Kedah.
07

Seminggu

Menyediakan Laporan Tahunan untuk Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
TOP