PROGRAM PENGHAYATAN AL-QURAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH SIRI KE-4
Monday, 08 April 2024
4 APRIL 2024 (KHAMIS)
PTG Kedah dengan kerjasama PUSPANITA PTG Kedah telah menganjurkan Program Penghayatan Al-Quran Siri Ke-4 bertempat di Dewan Utama, PTG Kedah. Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah bersama pegawai serta kakitangan PTG Kedah.
Tuan Syeikh Mohd Rasydan bin A. Rahman, Penolong Pegawai Agama Daerah Sik telah dijemput untuk berkongsi intisari dan kelebihan surah Al-Qadr yang mengisahkan tentang peristiwa penurunan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar di Baitul Izzah.
Lailatul Qadar merupakan malam yang sangat istimewa bagi umat Islam kerana ibadah yang dilaksanakan pada malam tersebut akan diberikan ganjaran seumpama beribadah selama seribu bulan oleh Allah SWT.
Oleh itu, marilah kita sama-sama memburu malam Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir bulan Ramadan pada tahun ini. Semoga kita semua beroleh pengampunan dan rahmat dariNya.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita, Uncategorized
No Comments
MAJLIS PENYERAHAN KIT RAMADAN DAN BAKUL KASIH RAMADAN KEPADA WARGA KERJA PTG KEDAH
Wednesday, 13 March 2024
MAJLIS PENYERAHAN KIT RAMADAN DAN BAKUL KASIH RAMADAN KEPADA WARGA KERJA PTG KEDAH
10 MAC 2024 (AHAD)
Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba, Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah dengan kerjasama PUSPANITA PTG Kedah telah menganjurkan Majlis Penyerahan Kit Ramadan dan Bakul Kasih Ramadan kepada semua pegawai dan kakitangan pada hari ini bertempat di Ruang Lobi Aras 1, PTG Kedah.
Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah dan diteruskan dengan penyampaian kit serta bakul kasih kepada pegawai dan kakitangan PTG Kedah.
Kit Ramadan dan Bakul Kasih Ramadan ini mengandungi barangan keperluan asas yang diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos perbelanjaan di bulan Ramadan yang mulia ini.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita, Uncategorized
LAWATAN KERJA PTG KEDAH KE JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK (JTS)
Wednesday, 13 March 2024
LAWATAN KERJA PTG KEDAH KE JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK (JTS)
8 MAC 2024 (JUMAAT)
PTG Kedah telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bertempat di Menara Pelita pada hari ini.
YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah, Pengarah PTG Kedah telah mengetuai delegasi Negeri Kedah seramai 30 orang yang terdiri daripada Pentadbir Tanah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan Pengurusan Tanah serta Pegawai PTG Kedah.
Ketibaan Delegasi Kedah telah disambut mesra oleh Tuan Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Timbalan Pengarah Pengurusan dan barisan pegawai JTS Sarawak.
Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan sistem pengurusan hasil tanah yang dilaksanakan di Negeri Sarawak di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara agensi.
Semoga hasil perkongsian dalam sesi lawatan kerja ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat bagi mempertingkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita
PROGRAM AMANAT YAB MENTERI BESAR KEDAH KEPADA PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH TAHUN 2024
Tuesday, 20 February 2024
18 FEBRUARI 2024 (AHAD)
Program Amanat YAB Menteri Besar Kedah kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Seri Mentaloon pada hari ini.
Turut hadir bersama dalam program ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Seri Norizan bin Khazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, YB. Dato’ Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmood, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg. Dato’ Mohd Fauzi bin Mustaffa, Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Mohd Shahadan bin Abdullah, Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.
Dalam amanat beliau, YAB Menteri Besar Kedah telah merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah di atas kejayaan melaksanakan kutipan hasil berjumlah RM356.76 juta pada tahun 2023. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.85% iaitu bersamaan RM12.8 juta pada tahun 2022. Bagi tahun 2024 pula, Kerajaan Negeri Kedah mensasarkan anggaran kutipan hasil keseluruhan berjumlah RM501 juta.
Selain itu, beliau merakamkan mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Pentadbiran Tanah Negeri Kedah di atas kejayaan membangunkan Sistem i-UJKT bagi proses Pecah Sempadan Serentak dengan Ubah Syarat serta Penyerahan dan Pemberimilikan Semula yang berjaya menyingkatkan tempoh proses daripada tempoh 24 bulan kepada 100 hari sahaja.
Beliau turut menitipkan pesanan kepada warga kerja Pentadbiran tanah untuk terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri iaitu “Kedah empat orang miskin berteduh, tempat orang kaya menabur bakti”.
Tidak ketinggalan, YAB Menteri Besar Kedah juga berkesempatan melancarkan Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata (Kedah Darul Aman) Tahun 2023 dan Resolusi Pentadbiran Pemukiman Pentadbiran Tanah Tahun 2024.
Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata menggariskan tentang pelaksanaan cukai petak bagi skim strata manakala Resolusi Pemukiman Pentadbiran Tanah Kedah pula mengandungi 8 strategi kutipan hasil yang mensasarkan tambahan kutipan hasil sekitar RM50 juta pada tahun ini.
Program diakhiri dengan Majlis Penyerahan Cek Bayaran Cukai Tanah Tahun 2024 oleh 9 buah syarikat dan GLC yang telah menjelaskan bayaran cukai tanah bagi tahun 2024 berjumlah RM12.9 juta dan penyampaian Sijil Penghargaan Bagi Kutipan Hasil Keseluruhan Tertinggi Tahun 2023 kepada Pejabat Tanah Yan, Sik dan Kubang Pasu.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita, Uncategorized
PROGRAM PENGHAYATAN AL-QURAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH SIRI KE-2
Tuesday, 20 February 2024
15 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
PTG Kedah dengan kerjasama PUSPANITA PTG Kedah telah menganjurkan Program Penghayatan Al-Quran Siri Ke-2 dengan memilih Surah Al-Isra’ sebagai topik tadabbur pada kali ini sempena memperingati Peristiwa Israk Mikraj yang jatuh pada 27 Rejab.
Tuan Sheikh Alwi bin Haji Othman, Pegawai Agama Daerah Pendang telah hadir untuk berkongsi intisari surah yang menekankan tentang kepentingan memiliki sifat Ubuddiyah yakni rasa kehambaan kepada Allah dengan taat melakukan suruhanNya serta patuh meninggalkan laranganNya.
Sifat ini perlu ditanam dalam diri setiap insan bagi mencegah kemungkaran dan kebinasaan bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi juga kepada keluarga, organisasi serta masyarakat.
Turut hadir ke program ini ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah, Pengarah PTG dan Datin Hajah Zakirah binti Mohd Zain, Pengerusi PUSPANITA PTG Kedah.
Majlis ilmu seperti ini akan diadakan secara konsisten setiap bulan sebagai wadah santapan rohani buat seluruh warga kerja PTG Kedah.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Aktiviti, Berita, Uncategorized
LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG
Wednesday, 14 February 2024
14 FEBRUARI 2024 (RABU)
YBhg. Dato’ Pengarah PTG mengadakan lawatan kerja bersama barisan pegawai dan ketua-ketua unit Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ke Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. Lawatan kerja ini disambut dengan penuh mesra oleh Tuan Pegawai Daerah dan Tanah serta seluruh warga kerja PDT Pendang.
Matlamat utama lawatan ini adalah untuk membincangkan isu-isu pentadbiran tanah di Daerah Pendang di samping berkongsi pendapat dan maklumat bagi tujuan penambahbaikan secara keseluruhannya.
- Published in Berita
LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH LANGKAWI
Monday, 05 February 2024
1 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
YBhg. Dato’ Pengarah PTG mengadakan lawatan kerja bersama barisan pegawai dan ketua-ketua unit Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ke Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Lawatan kerja ini disambut dengan penuh mesra oleh Tuan Pegawai Daerah dan Tanah serta seluruh warga kerja PDT Langkawi.
Matlamat utama lawatan ini adalah untuk membincangkan isu-isu pentadbiran tanah di Daerah Langkawi di samping berkongsi pendapat dan maklumat bagi tujuan penambahbaikan secara keseluruhannya.
- Published in Berita, Uncategorized
PROGRAM AMANAT YBHG. DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH TAHUN 2024
Tuesday, 16 January 2024
14 Januari 2024 (AHAD)
Hari ini telah berlangsungnya Program Amanat YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah kepada pegawai-pegawai dan warga kerja bertempat di Dewan Utama, PTG Negeri Kedah. YBhg. Dato’ telah menekankan 7 prinsip yang harus ada dalam diri penjawat awam iaitu bertanggungjawab, telus, berintegriti, bersifat neutral, progresif, proaktif serta berfikiran positif.
YBhg. Dato’ telah menyampaikan amanat agar patuh kepada pekeliling-pekeliling dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan jabatan. Penjawat awam haruslah menunjukkan contoh dan inspirasi yang baik kepada orang awam dalam aspek sahsiah, sosial dan pendidikan agar dapat menjadi ikutan.
Bagi mencapai perancangan ‘The Greater Kedah’, Pentadbiran Tanah Negeri Kedah telah diletakkan sebagai agensi utama yang menyumbangkan pendapatan hampir 65% kepada Kerajaan Negeri Kedah. Penjawat awam haruslah bekerjasama bagi memastikan urusan yang melibatkan Pentadbiran Tanah Negeri Kedah berjalan dengan lancar.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita, Uncategorized
PROGRAM PENGHAYATAN AL-QURAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
Tuesday, 16 January 2024
14 Januari 2024 (AHAD)
Dalam usaha untuk menyahut hasrat YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman bagi mengadakan Program Bulan Solat dan Penghayatan Al-Quran, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah mengadakan Program Penghayatan Al-Quran pada hari ini bertempat di Dewan Utama, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Majlis dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta warga kerja PTG Kedah. Tuan Sheikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi, Pegawai Agama Daerah Pokok Sena telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini.
Surah Al-Insan menjadi surah pilihan pada hari ini iaitu surah yang menjelaskan tentang penciptaan dan ujian kepada umat manusia. Diharapkan kandungan-kandungan yang ditadabbur di dalam Program Penghayatan Al-Quran ini dapat dihayati dan diamalkan oleh seluruh warga kerja di dalam kehidupan seharian.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita, Uncategorized
TAKLIMAT PELAKSANAAN SSR PENTADBIRAN TANAH DAERAH TAHUN 2024
Sunday, 14 January 2024
11 JANUARI 2024 (KHAMIS)
Sesi taklimat berkenaan dengan pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Daerah telah diadakan di Dewan Utama PTG Kedah kepada 4 Pejabat Daerah dan Tanah yang tercalon pada tahun ini iaitu PDT Kota Setar, PDT Padang Terap, PDT Pendang dan PDT Pokok Sena.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh barisan pegawai dari PTG, Arkib Negara Malaysia, PDT Langkawi, Baling dan Kulim yang berpengalaman sebagai Panel Audit SSR lantikan JKPTG pada tahun lalu.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua daerah yang tercalon untuk membuat persediaan rapi bagi menghadapi penilaian SSR yang dijangka akan berlansung pada suku keempat tahun ini.
Semoga semua daerah yang tercalon berjaya memperolehi 5 bintang dalam Penilaian SSR tahun 2024.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita, Uncategorized