Majlis Meraikan Pesara dan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman Bagi Tahun 2020 telah diadakan pada 16 Disember 2020 (Rabu) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Utama PTG, Aras 3, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah.
Majlis tersebut dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan, tetamu VVIP serta Tuan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah,Tuan Haji Fauzi bin Mustaffa, AMK., BCK. Seramai 8 orang pesara diraikan atas perkhidmatan mereka sepanjang berkhidmat di PTG serta 14 kakitangan termasuk pegawai telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Majlis ini diceriakan lagi dengan persembahan montaj serta penyampaian cenderahati kepada mantan Pengarah Tanah dan Galian, Dato’ Haji Mohammad bin Che Nai atas khidmat bakti beliau sebagai Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dari tahun 2019-2020.