Program Lawatan YAB Menteri Besar ke pulau-pulau di daerah Yan telah diadakan pada 5 Januari 2021 (Selasa). Program tersebut dimulakan dengan lawatan serta taklimat ringkas diikuti dengan aktiviti riadah seperti snorkeling dan mandi manda di Pulau Songsong.
Selepas makan tengahari, program diteruskan dengan rondaan sekitar pesisiran Pulau Telor dan singgah sebentar ke Pulau Bidan bagi mengetahui sejarah ringkas pulau-pulau tersebut.
Melalui Jeti Tanjung Dawai, program diteruskan dengan melawat ke lokasi-lokasi di persisiran Pantai Tanjung Dawai. Selepas sesi minum petang, program diakhiri dengan perjumpaan MB Kedah bersama pihak pengurusan Sekolah Rendah & Menengah Islam Zubaidiyah, Merbok Kedah.
Program lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Ketua Unit Teknikal serta Penolong Pegawai Tanah (Unit Teknikal). Program lawatan ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya lebih kurang jam 5.30 petang.