Soalan : Adakah boleh tanah yang kurang daripada satu ekar dibuat pecahan bahagian?
Jawapan : Ya untuk tanah yang kurang daripada satu ekar boleh dibuat pecahan bahagian berdasarkan kepada AKTA A 1333 KANUN TANAH NEGARA(PINDAAN) 2008.
Soalan : Berapakah peruntukan kuota Melayu bagi Tanah Luar Simpanan Melayu?
Jawapan : Peruntukan Kuota Melayu bagi Tanah Luar Simpanan Melayu adalah sebanyak 30% untuk Orang Melayu dan 70% untuk Kuota Terbuka.
Soalan : Berapakah peruntukan Kuota Melayu bagi Tanah Simpanan Melayu kepunyaan Orang Bukan Melayu?
Jawapan : Peruntukan Kuota Melayu bagi Tanah Simpanan Melayu kepunyaan Orang Bukan Melayu adalah 30% untuk Orang Melayu dan 70% untuk Kuota Terbuka.
Soalan : Berapakah peruntukan Kuota Melayu bagi Tanah Dalam Simpanan Melayu kepunyaan Orang Melayu?
Jawapan : Peruntukan Kuota bagi Tanah Dalam Simpanan Melayu adalah 100%
Soalan : Berapakah unit rumah kos rendah yang perlu dibangunkan di dalam sesuatu skim perumahan?
Jawapan :
  • Rumah kos rendah yang perlu dibangunkan dalam sekim perumahan sekiranya tanah tersebut adalah Tanah Simpanan Melayu kepunyaan Orang Melayu dan penjualan 100% kepada Orang Melayu adalah dikecualikan daripada membina rumah kos rendah.
  • Sekiranya Tanah Luar Simpanan Melayu / Bukan Melayu pembinaan rumah kurang daripada 49 unit adalah dikecualikan daripada membina rumah kos rendah dan sekiranya pembinaan rumah adalah 100 unit dan lebih dikenakan membina rumah kos rendah sebanyak 30%.