Soalan : Bolehkah Pihak Berkuasa Negeri mengambil mana-mana tanah yang diperlukan untuk tujuan pengambilan tanah?
Jawapan : Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah untuk tujuan pengambilan:a) Bagi apa-apa maksud/tujuan awam (public purpose)
-Tanah bermilik
-Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat.
-Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik.b) Oleh mana-mana orang atau perbadanan(corporation) bagi apa-apa maksud yang memberi faedah untuk kemajuan Ekonomi Malaya.c) Bagi maksud perlombongan, perniagaan, perindustrian atau maksud-maksud rekreasi.
Soalan : Sebelum permohonan pengambilan tanah apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh Agensi pemohon?
Jawapan : -Pilih tapak 2 tahun sebelum laksanakan projek.
-Dapatkan ulasan dari jabatan teknikal.
-Semak butir-butir tanah (carian rasmi) persendirian.
-Permohonan di bawah S 3(1)a mengikut Pekeliling PTP 1/2003. Kementerian/Jabatan Badan Berkanun Pekeliling PTP 1/2005.Permohonan di bawah S3(1)(b) dan (c) perlu dibuat kepada Pentadbir Tanah dengan mengunakan Borang 1 S3(2) Kaedah 3.
-Disertakan Pelan Lengkap.
-Sijil Carian Rasmi.
-Ulasan Jabatan Teknikal
-Pengambilan melalui S 4 atau S 8 Akta
-Perlu / tidak Borang 1Permohonan S 3(1)(b)(c)
-Perlu disertakan.
-Kertas cadangan projek
-Pelan tata atur dan pelan pengambilan.
-Laporan permulaan penilaian kerja.
-Fee Aturan 37(1) Peraturan Tanah Kedah- bayaran permohonan RM200.00 setiap hakmilik.
-Deposit S 3(3) Jadual Ke 2 Kaedah 5.