Bil Perkhidmatan Tempoh Masa Penyelesaian
1. Memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, jujur, amanah dan prihatin terhadap situasi semasa.
2. Memproses semua permohonan Tanah Kerajaan Secara Pemberimilikan/Lesen Menumpang Sementara (LMS) dalam masa 3 bulan dari tarikh terimaan(lengkap) sebelum diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Tanah Negeri berikutnya.

3 bulan

(dari tarikh terimaan)

3. Menyerahkan keputusan Jawatankuasa Tanah Negeri kepada semua Pentadbir Tanah Daerah. 21 hari bekerja

(dari tarikh mesyuarat)

4. Menyediakan kertas kerja permohonan kuari Batu/Pasir dan lain-lain bahan batuan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi/ Majlis Mesyuarat Kerajaan.

1 bulan

(dari tarikh terimaan daripada Pentadbir Tanah)

5. Menyediakan rencana akhbar untuk cetakan Warta Kerajaan bagi memproses permohonan untuk membatalkan Sijil Simpanan (RC). 3 bulan

(dari tarikh terimaan lengkap)

6. Menyediakan kertas kerja selepas siasatan Pembatalan Sijil Simpanan (RC) untuk diangkat bagi pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. 15 hari

(dari tarikh terimaan lengkap)

7. Menyediakan kertas kerja Permohonan Perizapan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. 30 hari

(dari tarikh terimaan lengkap)

8. Memproses permohonan hakmilik sambungan ke atas tanah lebihan sebelum Kanun Tanah Negara 1965 yang keluasannya lebih 5% tetapi kurang 50%. 14 hari

(dari tarikh terimaan lengkap)

9. Memproses permohonan hakmilik sambungan ke atas tanah lebihan sebelum Kanun Tanah Negara 1965 yang keluasannya lebih 50%. 30 hari

(dari tarikh terimaan lengkap)

10. Menyediakan rencana akhbar untuk cetakan Warta Kerajaan bagi Warta Pembatalan Kawasan Hutan Simpanan di bawah Enakmen 13(1)(b) Akta Pemakaian Hutan 10 hari

(dari tarikh terimaan lengkap)