Soalan : Apakah yang ditaksirkan dengan mineral?
Jawapan : MINERAL ertinya “apa-apa bahan samada dalam bentuk pepejal, cecair atau bergas yang terjadi :-a. Dengan cara semulajadi
b. Hasil daripada perlombongan di dalam atau di atas tanah;
c. Hasil daripada perlombongan di dalam atau di bawah laut atau dasar laut.yang terbentuk oleh atau tertakluk kepada sesuatu proses geologi TETAPI tidaklah termasuk air, “bahan batuan” sebagaimana ditaksirkan dalam Kanun Tanah Negara dan “petroleum” sebagaimana ditaksirkan dalam Akta Melombong Petroleum 1966.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan tenemen mineral?
Jawapan : Suatu Lesen Memfosik, Lesen Mendulang, Lesen Melombong Individu, Lesen Mencarigali, Lesen Penjelajahan, Pajakan Melombong dan Lesen Melombong Tuan Punya atau mana-mana daripadanya bagi maksud penjelajahan atau perlombongan mineral atau bijih mineral, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Soalan : Kawasan manakah yang boleh diberikan tenemen mineral?
Jawapan : i. Tanah Kerajaan
ii. Tanah Bermilik
iii. Tanah Pendudukan
iv. Tanah Rizab
v. Kawasan Hutan Simpan
Soalan : Kepada siapakah tenemen mineral boleh dikeluarkan atau dipindahmilik?
Jawapan :
  1. Orang sebenar
  2. Syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang yang relevan dan dibenarkan oleh perlembagaannya untuk memegang tanah lombong.
  3. Sesuatu badan atau badan berkanun yang diberikuasa untuk memegang tanah atau tanah lombong
  4. Sesuatu syarikat asing dan didaftarkan di bawah undang-undang yang relevan dan dibenarkan oleh perlembagaannya untuk memegang tanah lombong.
Soalan : Apakah jenis-jenis lesen yang terdapat di dalam Enakmen Mineral(Kedah) 2004?
Jawapan :
  1. Lesen Menfosik
  2. Lesen Mendulang
  3. Lesen Melombong Individu
  4. Lesen Mencarigali/Penjelajahan
  5. Pajakan Melombong
  6. Lesen Melombong Tuan Punya
Soalan : Bilakah Enakmen Mineral(Kedah) 2004 berkuatkuasa?
Jawapan : 01 Januari 2007
Soalan : Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Lesen Mencarigali/Penjelajahan?
Jawapan :
  1. Borang Permohonan (Borang 9A/8A)
  2. Pelan kawasan permohonan oleh Jurukur Berlesen
  3. Profail Syarikat
  4. Memorandum And Article Of Association
  5. Surat Perjanjian Usahasama/ Surat Kebenaran Tuan Tanah (Jika Berkaitan)
  6. Laporan Syarikat dari SSM yang terkini
  7. Laporan Kajian Pra-Kebolehlaksanaan
Soalan : Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Lesen Melombong Tuan Punya/Pajakan Melombong?
Jawapan :
  1. Borang Permohonan (Borang 9A/8A)
  2. Pelan kawasan permohonan oleh Jurukur Berlesen
  3. Profail Syarikat
  4. Memorandum And Article Of Association
  5. Surat Perjanjian Usahasama/ Surat Kebenaran Tuan Tanah (Jika Berkaitan)
  6. Laporan Syarikat dari SSM yang terkini
  7. Laporan Kajian Pra-Kebolehlaksanaan
Soalan : Berapakah bayaran yang dikenakan untuk membuat permohonan tenemen mineral?
Jawapan :
  1. Lesen Memfosik -RM 10.00
  2. Lesen Mendulang -RM10.00
  3. Lesen Melombong Individu -RM50.00
  4. Lesen Mencarigali -RM100.00
  5. Lesen Penjelajahan -RM200.00
  6. Lesen Melombong Tuan Punya – RM200.00
  7. Pajakan Melombong -RM200.00
Soalan : Apakah borang yang digunakan untuk membuat permohonan tenemen mineral?
Jawapan :
  1. Lesen Memfosik -Borang 2
  2. Lesen Mendulang -Borang 3
  3. Lesen Melombong Individu -Borang 4
  4. Lesen Mencarigali -Borang 5A
  5. Lesen Penjelajahan -Borang 6A
  6. Pajakan Melombong -Borang 8A
  7. Lesen Melombong Tuan Punya -Borang 9A