Program ‘Big Cleaning Day’ PTG Kedah 2018 telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta PTG. Semua pegawai dan kakitangan telah berkumpul pada jam 8.15 pagi bagi memulakan acara permulaan iaitu ucapan Tuan Timbalan PTG (Pembangunan). Seterusnya sesi Senamrobik/Zumba beramai-ramai diadakan sebelum aktiviti gotong royong dilaksanakan.