Soalan : Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di Portal PTG Kedah?
Jawapan : Antara kemudahan yang disediakan:

1)Pembayaran cukai secara talian ‘online’.
2)Semakan berkaitan cukai tanah secara talian ‘online’.
3)Aduan dan Pertanyaaan berkaitan Portal PTG Kedah.
4)Berita dan Makluman terkini yang berkaitan dengan sebarang urusan berkaitan tanah.
5)Undian berkaitan isu-isu yang diajukan oleh PTG Kedah.
6)Maklumat-maklumat yang diperlukan berkenaan PTG Kedah.

Soalan : Adakah pembayaran pada Portal PTG ini selamat?
Jawapan : Ya, proses pembayaran akan dilakukan pada skema url awalan ‘https’ dimana url dengan ‘https’ merupakan teknologi untuk merahsiakan segala data pengguna yang dihantar melalui talian. Klik disini untuk rujukan
Soalan : Adakah resit yang dihasilkan selepas proses pembayaran berjaya boleh digunakan untuk urusan rasmi? 
Jawapan : Tidak, resit hanyalah sebagai rujukan sahaja. Walaubagaimanapun, pengguna boleh MENDAPATKAN resit rasmi di kaunter-kaunter pembayaran cukai tanah di setiap cawangan pejabat tanah daerah.
Soalan : Adakah pembayaran secara online pada Portal PTG Kedah akan diproses secara masa nyata ‘real-time’?
Jawapan : Ya, makumat berkenaan cukai tanah akan dikemaskini secara serta merta setelah proses pembayaran cukai berjaya dilakukan.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran secara Kad Kredit?
Jawapan : Pengguna yang memiliki kad kredit (Visa @ Mastercard sahaja) boleh melakukan pembayaran cukai tanah secara talian ‘online’.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan FPX?
Jawapan : FPX (Financial Processing Exchange) iaitu kemudahan bagi melakukan pembayaran secara talian ‘online’ dengan bank
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran secara talian ‘online’?
Jawapan : Pembayaran melalui talian ‘online’ tanpa pengguna itu sendiri perlu ke kaunter-kaunter pembayaran cukai di pejabat-pejabat tanah di Kedah.
Soalan : Apakah kaedah-kaedah pembayaran yang disediakan oleh Portal PTG Kedah?
Jawapan : Antara kaedah-kaedah pembayaran yang disediakan:

1)FPX (Financial Processing Exchange).
2)Kad Kredit (Visa @ Mastercard sahaja).