Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung laman web.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian bagi versi terbaru ini dapat disiapkan dengan jayanya. Dengan kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dan terlibat serta kerjasama yang diberikan dalam menyediakan bahan dan maklumat untuk Portal Rasmi ini.

Terima kasih kerana anda melayari portal kami ini. Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ini merupakan satu daya usaha dan komitmen semua pegawai dan kakitangan jabatan ini dalam usaha merealisasikan matlamat kerajaan elektronik di dalam semua jabatan kerajaan. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian merupakan sebuah agensi kerajaan yang menjadi pemangkin utama pengurusan pentadbiran tanah.

Dalam usaha menyokong Kerajaan Elektronik, pihak kami turut menyediakan perkhidmatan online untuk orang ramai membuat semakan cukai tanah serta bayaran cukai tanah secara online, Sistem e-aduan bagi mengadu masalah berhubung tanah dan sebagainya. Pihak kami akan cuba sentiasa mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian melalui informasi yang bersesuaian dengan aliran terkini.

Portal ini juga merupakan salah satu usaha jabatan dalam menyediakan saluran capaian maklumat terkini berkaitan perundangan dan pentadbiran tanah dengan agak terperinci. Saya berharap portal ini mampu berperanan sebagai penyebar informasi yang efisyen untuk semua pengguna.

Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat jabatan sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan dan perundangan tanah.

Sekian,Terima Kasih.

Dato’ Haji Md. Zuki Bin Hj. Shiru,
DSDK., AMK., BCK., BPL.
Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah