5 Disember 2017 :  Pada 1 hingga 5 Disember 2017, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak telah menganjurkan Kejohanan Sukan Pengarah Tanah dan Galian Se-Malaysia (SUKAP) Kali Pertama Tahun 2017 bertempat di Daerah Muallim dan Ipoh, Perak.

Majlis Perasmian SUKAP telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

PTG Kedah telah menyertai tujuh (7) acara sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Badminton, Sepak Takraw, Bola Jaring, Bowling, Tarik Tali dan Golf. Penyertaan sukan ini melibatkan pegawai dan kakitangan PTG Kedah dan Pentadbiran Tanah daerah.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh YB. Datuk Shahrul Zaman bin Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Syabas ! kepada semua atlit dan warga PTG Kedah yang terlibat di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.

sukap1