24 FEB 2018 :  Ekspo yang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 Program itu yang akan berlangsung hingga 3 Mac ini, menghimpunkan 199 jabatan kerajaan dan swasta yang diletakkan dalam 20 kelompok kluster.

Antara kluster yang ditampilkan ialah Pameran DiRaja, Barakah Kedah, Suara Hati, Generasi Muda Pemimpin Negara, Kedah Harmoni, Eko Kedah, Kedah Islami, Bakat Kedah, Kedah Aman, Rangkaian Kedah, Kedah Berdaya Huni, Digital Kedah, Kedah Holistic, Kewangan, Agro Kedah, Kedah Bizz, Warisan dan Pelancongan, Pameran Perkhidmatan, Pameran Daerah dan ‘Petting Zoo’.

Melalui ekspo itu, kerjasama semua jabatan dan agensi digembleng di bawah satu bumbung melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu semua jabatan diberi peluang untuk mempromosi perkhidmatan teras jabatan dan berpeluang untuk memberi perkhidmatan secara terus kepada rakyat.

PTG Kedah juga turut serta mempromosi perkhidmatan teras jabatan kepada rakyat. Kaunter bergerak cukai tanah disediakan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membayar cukai.

expo1