Berita

/Berita

31 Ogos 2018 : Pembarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah 2018

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah 2018 diadakan di Dataran Balai Besar, Alor Setar. Kontinjen Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kawad Hari Kemerdekaan Ke-61 Peringkat Negeri Kedah bagi Kategori  Kerajaan.  Kontinjen menerima  trofi, sijil dan cek bernilai RM3,000. Syabas dan Tahniah kepada kontijen PTG Kedah.

By |September 3rd, 2018|Berita|0 Comments

2 OGOS 2018 : BENGKEL PENDAFTARAN URUSNIAGA DAN BUKAN URUSNIAGA

Bengkel Anjuran INSPIN  dengan kerjasama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ini telah berlangsung dengan jayanya pada 2-3 Ogos 2018 bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar. Bengkel ini adalah berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab pegawai yang diwartakan di bawah seksyen 12 Kanun Tanah Negara.

By |August 19th, 2018|Berita|0 Comments

22 JULAI 2018 : BENGKEL KAJIAN SPESIFIKASI PENGGUNA (URS) BAGI PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA UNTUK SISTEM “e-CHARTING” PENTADBIRAN TANAH KEDAH

Bengkel telah diadakan pada 22 Julai 2018 bertempat di Dewan Utama, Tingkat 3, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Penolong Pegawai Tanah dan Pelukis Pelan dari PTG Kedah dan Pejabat Tanah Daerah. Pentadbiran Tanah Negeri Kedah sedang dalm proses membangunkan Aplikasi "e-CHARTING"  untuk kegunaan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri [...]

By |August 19th, 2018|Berita|0 Comments

15 JULAI 2018 : MESYUARAT PENTADBIR TANAH DAERAH BILANGAN 1 2018

Mesyuarat telah berlangsung pada 15 Julai 2018 bertempat di Bilik Gerakan PTG, Wisma Negeri. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' PTG Kedah dengan dihadiri oleh Pegawai-pegawai atasan PTG dan semua Pentadbir Tanah Daerah bagi membincangkan isu-isu pentadbiran tanah.

By |July 19th, 2018|Berita|0 Comments

5 JULAI 2018 : MAJLIS PENGHARGAAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439/2018

Majlis Penghargaaan bagi menghargai khidmat pegawai dan kakitangan yang bersara, cemerlang dan bertukar telah diadakan pada 5 Julai 2018 jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Utama, Aras 3, Wisma Negeri. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah berbesar hati menyampaikan cenderahati  dan sijil Anugerah Cemerlang kepada kakitangan dan pegawai yang terlibat. Majlis diteruskan  lagi [...]

By |July 19th, 2018|Berita|0 Comments

29 JUN 2018 : MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NEGERI KEDAH

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Kedah 2018 berlangsung dengan meriah pada 29 Jun 2018 bersamaan  15 Syawal 1439H  bertempat di Dataran Pahlawan, Alor Setar Kedah dengan mengabungkan penglibatan semua jabatan kerajaan Negeri Kedah.  Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah  telah turut serta dengan mengadakan  gerai  “Menu Pulut Pelam”.

By |July 1st, 2018|Berita|0 Comments

7 JUN 2018 : World #QuranHour 2018 PTG Kedah

World #QuranHour 2018 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah. World #QuranHour 2018 telah diadakan pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H pada pukul 10.30 pagi  di Bilik Gerakan PTG  di mana para peserta meluangkan masa membaca al-Quran selama satu jam. Penyampaian sumbangan kelab untuk [...]

By |July 1st, 2018|Berita|0 Comments

24 Mei 2018 : POGRAM IFTAR KELUARGA PTG KEDAH

Pogram IFTAR Keluarga PTG Kedah anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah telah diadakan bertempat di INSPIN Alor Setar. Majlis dimulakan dengan pogram Tazkirah oleh Y.Bhg Ustaz Hazli bin Ismail Al Hafiz pada 6.30 petang dan seterusnya pogram berbuka puasa dan solat maghrib.

By |May 27th, 2018|Berita, Uncategorized|0 Comments

24 Mei 2018 : MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN OLEH KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI PTG KEDAH

Majlis penyerahan sumbangan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG telah diadakan pada 24 Mei 2018 bertempat di lobi PTG Kedah pada pukul 3.45 petang. Sumbangan sempena bulan ramadhan kepada semua ahli kelab iaitu buah kurma dan telor masin.

By |May 27th, 2018|Berita|0 Comments

24 Mei 2018 : SESI TAKLIMAT KEPADA LANTIKAN BARU 2018 PEGAWAI TADBIR NEGERI (KCS)

Seramai 8 orang Pegawai Tadbir Negeri (KCS) lantikan tahun 2018 hadir untuk sesi taklimat pengurusan di Bilik Gerakan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut ialah Dato' Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta beberapa pegawai atasan PTG Kedah.

By |May 27th, 2018|Berita|0 Comments