111 Berita – Page 3 – Portal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah

Berita

/Berita

19 NOVEMBER 2018 : PROGRAM “PENAMPILAN BERGAYA – WANITA DAN KECANTIKAN” ANJURAN PUSPANITA PTG KEDAH

Program telah berlangsung di Dewan Utama PTG ,Tingkat 3, Wisma Negeri pada 19 November 2018 dengan jayanya. Penceramah jemputan adalah daripada wakil perunding kecantikan Mary Kay. Sijil kepada peserta telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Pengerusi Puspanita PTG Kedah Datin Faridah Binti Man.      

By |November 21st, 2018|Berita|0 Comments

12 OKTOBER 2018 : Taklimat dan Latihan Kebakaran Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah Darul Aman.

Taklimat dan Latihan Kebakaran Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 12 Oktober 2018 bertempat di perkarangan PTG Kedah melibatkan semua kakitangan PTG.     

By |October 16th, 2018|Berita|0 Comments

8 Oktober 2018 : PROGRAM BUBUR ASYURA PTG KEDAH 1440H/2018

Program Bubur Asyura 1440H/2018 peringkat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan Wisma Negeri Alor Setar, Kedah. Program tahun ini lebih meriah kerana penyertaan petugas-petugas dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada pelbagai Bahagian/Seksyen. Pihak penganjur juga menyediakan hadiah kepada para pemenang.

By |October 10th, 2018|Berita|0 Comments

30 September 2018: PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN – TEAM ACTOR PTG KEDAH 2018

Program tersebut telah dilaksanakan  dengan jayanya  di Penarak Bamboo Beach Motel, Kuah Langkawi  untuk  dua sesi iaitu pada 19-21 September 2018 dan 26-28 September 2018. Tujuan program adalah bagi menerapkan nilai budaya kerja berpasukan agar kakitangan dapat bekerja secara harmoni, sinergi dan memantapkan daya kepimpinan kearah mengukuhkan kualiti dan produktiviti di dalam organisasi.

By |October 8th, 2018|Berita|0 Comments

31 Ogos 2018 : Pembarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah 2018

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah 2018 diadakan di Dataran Balai Besar, Alor Setar. Kontinjen Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kawad Hari Kemerdekaan Ke-61 Peringkat Negeri Kedah bagi Kategori  Kerajaan.  Kontinjen menerima  trofi, sijil dan cek bernilai RM3,000. Syabas dan Tahniah kepada kontijen PTG Kedah.

By |September 3rd, 2018|Berita|0 Comments

2 OGOS 2018 : BENGKEL PENDAFTARAN URUSNIAGA DAN BUKAN URUSNIAGA

Bengkel Anjuran INSPIN  dengan kerjasama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ini telah berlangsung dengan jayanya pada 2-3 Ogos 2018 bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar. Bengkel ini adalah berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab pegawai yang diwartakan di bawah seksyen 12 Kanun Tanah Negara.

By |August 19th, 2018|Berita|0 Comments

22 JULAI 2018 : BENGKEL KAJIAN SPESIFIKASI PENGGUNA (URS) BAGI PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA UNTUK SISTEM “e-CHARTING” PENTADBIRAN TANAH KEDAH

Bengkel telah diadakan pada 22 Julai 2018 bertempat di Dewan Utama, Tingkat 3, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Penolong Pegawai Tanah dan Pelukis Pelan dari PTG Kedah dan Pejabat Tanah Daerah. Pentadbiran Tanah Negeri Kedah sedang dalm proses membangunkan Aplikasi "e-CHARTING"  untuk kegunaan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri [...]

By |August 19th, 2018|Berita|0 Comments

15 JULAI 2018 : MESYUARAT PENTADBIR TANAH DAERAH BILANGAN 1 2018

Mesyuarat telah berlangsung pada 15 Julai 2018 bertempat di Bilik Gerakan PTG, Wisma Negeri. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' PTG Kedah dengan dihadiri oleh Pegawai-pegawai atasan PTG dan semua Pentadbir Tanah Daerah bagi membincangkan isu-isu pentadbiran tanah.

By |July 19th, 2018|Berita|0 Comments

5 JULAI 2018 : MAJLIS PENGHARGAAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439/2018

Majlis Penghargaaan bagi menghargai khidmat pegawai dan kakitangan yang bersara, cemerlang dan bertukar telah diadakan pada 5 Julai 2018 jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Utama, Aras 3, Wisma Negeri. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah berbesar hati menyampaikan cenderahati  dan sijil Anugerah Cemerlang kepada kakitangan dan pegawai yang terlibat. Majlis diteruskan  lagi [...]

By |July 19th, 2018|Berita|0 Comments

29 JUN 2018 : MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NEGERI KEDAH

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Kedah 2018 berlangsung dengan meriah pada 29 Jun 2018 bersamaan  15 Syawal 1439H  bertempat di Dataran Pahlawan, Alor Setar Kedah dengan mengabungkan penglibatan semua jabatan kerajaan Negeri Kedah.  Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah  telah turut serta dengan mengadakan  gerai  “Menu Pulut Pelam”.

By |July 1st, 2018|Berita|0 Comments