111 Berita – Page 2 – Portal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah

Berita

/Berita

31 MAC 2019 : MESYUARAT PENTADBIR-PENTADBIR TANAH DAERAH BIL. 1/2019

Pada 31 Mac 2019 telah diadakan Mesyuarat Pentadbir - Pentadbir Tanah Daerah Bil. 1/2019 bertempat di Bilik Gerakan PTG Kedah.

By |April 1st, 2019|Berita|0 Comments

24 MAC 2019 : KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI TERENGGANU

PTG Kedah telah mnerima kunjungan hormat daripada Pejabat Tanah dan Galian Terengganu pada 24 Mac 2019.  Sesi taklimat khas kepada delegasi yang dipengerusikan oleh Ybhg Dato' Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pentadbiran tanah dan bertukar-tukar pendapat.

By |April 1st, 2019|Berita|0 Comments

21 MAC 2019 : SEMINAR TANAH UNTUK WANITA “HAK-HAK WANITA DALAM PEMBAHAGIAN PESAKA” ANJURAN PUSPANITA NEGERI KEDAH

Seminar Tanah untuk Wanita "Hak-hak Wanita dalam Pembahagian Pesaka" anjuran PUSPANITA Negeri Kedah telah diadakan  pada 21 Mac 2019 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Utama PTG Kedah, Tingkat 3, Wisma Negeri, Alor Setar.

By |April 1st, 2019|Berita|0 Comments

18 MAC 2019 : KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

PTG kedah telah nenerima kunjungan hormat daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor.

By |April 1st, 2019|Berita|0 Comments

17 MAC 2019 : MAJLIS AMANAT DATO’ PENGARAH PTG BERSAMA PENOLONG PEGAWAI TANAH NEGERI KEDAH

Majlis Amanat Dato' Pengarah PTG bersama Penolong Pegawai Tanah Negeri Kedah telah diadakan di Dewan Utama PTG Kedah, tingkat 3, Wisma Negeri, Alor Setar Kedah. Semua Penolong Pegawai Tanah Negeri Kedah telah hadir dalam pogram tersebut bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh YBhg Dato' Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.

By |April 1st, 2019|Berita|0 Comments

6 MAC 2019 : PROGRAM ‘TAHSIN SOLAT -MENCARI KESEMPURNAAN DI DALAM IBADAH’ ANJURAN PUSPANITA PTG KEDAH

Program 'Tahsin Solat- Mencari Kesempurnaan di dalam ibadah' Anjuran PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 6 Mac 2019 jam 2.30 petang di Dewan Utama, Tingkat 3, Wisma Negeri, Alor Setar Kedah. Penceramah jemputan ialah Ustazah Siti Aishah. Ybhg. Datin Pengerusi PUSPANITA  dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA II Pejabat Pengarah [...]

By |March 6th, 2019|Berita|0 Comments

12 FEB 2019 : PROGRAM AMANAT PENTADBIRAN TANAH DAN PELANCARAN KAEDAH-KAEDAH TANAH KEDAH (KTK) 2018

ALOR SETAR - Program Amanat Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Tahun 2019 dan Pelancaran Kaedah-Kaedah Tanah Kedah 2018 oleh YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar Kedah. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Imam Besar Masjid Zahir. Tayangan montaj program dan aktiviti Pentadbiran Tanah [...]

By |February 14th, 2019|Berita|0 Comments

13 FEB 2019 : LAB PENINGKATAN HASIL NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2019

ALOR SETAR - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah menganjurkan Lab Peningkatan Hasil Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2019 yang melibatkan kutipan hasil tanah, hutan dan daerah bertempat di TH Hotel, Alor Setar, Kedah. Lab Peningkatan Hasil Negeri Kedah berlangsung selama 2 hari pada 13 hingga 14 Februari 2019. Turut bersama di majlis tersebut YB. [...]

By |February 13th, 2019|Berita|0 Comments

23 JANUARI 2019 : MESYUARAT PEMBANGUNAN TANAH BIL 1/2019

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah PTG dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah Bil.1/2019 pada 23 Januari 2019 (Rabu) bermula jam 9.30 pagi di Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu. Majlis dimulakan sesi bergambar bersama-sama semua ahli mesyuarat yang hadir. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Shahadan bin [...]

By |February 13th, 2019|Berita|0 Comments

10 DIS 2018 : MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA PEMBUKAAN RUANG BARU UNIT HASIL PTG

Pengubahsuaian ruang baru unit hasil PTG telah siap dilaksanakan.Sehubungan itu satu majlis bacaan yassin telah diadakan.Majlis dihadiri oleh Dato Pengarah PTG,Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan),Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran),pegawai - pegawai kanan dan staf-staf sokongan . 

By |December 13th, 2018|Berita|0 Comments