22 Januari 2017 : POGRAM PERUTUSAN YB DATO’ SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DAN AMANAT YBHG.DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALAIN TAHUN 2017

Majlis telah dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya bertempat di Dewan Utama, Wisma Negeri Alor Setar Kedah dengan kehadiran  tetamu jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai VIP  Kerajaan Negeri, Pegawai kanan pentadbiran tanah Negeri Kedah serta kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan Al-Quran dari Qari Jemputan, Tayangan Montaj Prestasi Pentadbiran Tanah 2016 dan Pelancaran Aplikasi Mobile APPS PTG Negeri Kedah.

amanat1

14 Februari 2012 :  MAJLIS MENANDATANGANI TERMA RUJUKAN PENANDAAN DAN PENGUKURAN PERSEMPADANAN KEDAH/PERLIS DI JKPTG NEGERI PERLIS

Majlis Menandatangani terma rujukan penandaan dan pengukuran persempadanan Kedah/Perlis di Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis telah telah selesai disempurnakan dengan jayanya.

26 MAC 2017 : KONVENSYEN TANAH RIZAB MELAYU PERINGKAT NEGERI KEDAH 2017

Konvensyen Tanah Rizab Melayu Peringkat Negeri Kedah telah berlansung dengan jayanya bertempat di TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dengan kerjasama Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman. Terdapat 3 orang panel dan 3 orang fasilatator bengkel yang berpengetahuan luas sepanjang konvensyen berlangsung dan majlis penutup telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanapiah, Menteri Besar Negeri Kedah. Ucapan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Konvensyen ini.

17554526_10155989774084488_7146988384236383239_nkonvensyen_rm117523240_10155979392099488_6183169774763173936_n

6 April 2017 : KLINIK PENGAUDITAN PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH

PTG Kedah telah melaksanakan Klinik Pengauditan Pentadbiran Tanah Negeri Kedah di Pejabat Tanah Daerah Langkawi. Rombongan auditan daripada PTG Kedah telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan). Turut serta ialah Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendfataran dan Hasil), Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian(Pembangunan), Pendaftar Surat-surat Hakmilik, Penolong-penolong Pengarah Tanah dan Galian setiap bahagian serta ketua-ketua Unit. Tujuan Klinik Pengauditan diadakan adalah bagi membantu menyempurnakan urusan-urusan pentadbiran Tanah Langkawi yang bermasalah bagi setiap bahagian/seksyen.
IMG-20170406-WA0008IMG-20170406-WA0015

8 Mei 2017 : PROGRAM PENGUKUHAN PRESTASI DAN TEAMBUILDING PTG KEDAH

PTG Kedah telah menganjurkan Pogram Pengukuhan Prestasi dan Teambuilding bertujuan memupuk semangat kerjasama disamping membantu meningkatkan prestasi kerja secara berkumpulan. Semua peserta telah berjaya berada dipuncak Gunung Keriang dalam aktiviti pendakian tersebut.

19 Jun 2017 : PROGRAM #MalaysiaNgaji 2017 – Satu Jam bersama alQuran

PTG Kedah turut serta menjayakan program #MalaysiaNgaji-Satu Jam bersama alQuran yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud, bertadabur dan berkultum. Semua Pegawai dan kakitangan yang terlibat melakukan bacaan Al-Quran secara beramai-ramai bertempat di Bilik Gerakan PTG, Wisma Negeri, Kedah.
IMG-20170619-WA0006

18 Julai 2017 : Majlis Jasamu Dikenang

Majlis Jasamu Dikenang  telah diadakan untuk meraikan persaraan kakitangan PTG Kedah yang telah bersara pada tahun 2017. Dalam majlis yang diadakan pada jam 9.30 pagi dan turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan PTG Kedah,  mereka yang diraikan telah dianugerahkan sijil penghargaan dan juga cenderahati yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia, Dato’ Haji Md. Zuki bin Hj. Shiru,  Pengarah Tanah dan Galian Negeri  Kedah.

Seluruh warga PTG Kedah  mendoakan semoga mereka sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

18 Julai 2017 : Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri  2017

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 telah diadakan di perkarangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah , Wisma Negeri.

Pogram ini merupakan aktiviti tahunan yang dinanti-nantikan pada setiap bulan Syawal. Seperti kebiasaannya setiap unit/bahagian diminta membuka gerai-gerai juadah dan dibahagikan mengikut menu hidangan yang ditetapkan. Antara menu hidangan yang terdapat pada jamuan hari raya pada tahun ini adalah Nasi Daging, Kambing Bakar, ketupat, rendang, lemang, laksa laksam, lontong, sate, rojak buah dan lain-lain lagi.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini.

30 Julai 2017 : PROGRAM LAWATAN KERJA KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI TERENGGANU

Warga kerja pentadbiran tanah negeri Kedah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan dan Penguatkuasaan) telah membuat lawatan kerja ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu. Antara aturcara program yang disediakan ialah sesi taklimat dan pertukaran cenderamata.

13 Ogos 2017 : SEMINAR AKTA KANUN TANAH NEGARA (PINDAAN) 2016 (AKTA A1516)

Seminar Akta Kanun Tanah Negara (Pindaa) 2016 (Akta A1516)  anjuran PTG Kedah telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Utama, Aras 3, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Peserta yang terlibat adalah jemputan para pegawai dan kakitangan seluruh Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.

31 Ogos 2017 : SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2017 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Sambutan Hari Kemerdekaan 2017 Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan penuh kemeriahan. DYTM Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah bersama DYTM Tunku Maliha Tengku Ariff, Raja Puan Muda Kedah mencemar duli berangkat bersama meraikan sambutan tahunan ini.

Seramai 33 anggota kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah yang telah terlibat dalam kawad Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Peringkat Negeri Kedah.

28 September 2017 : MAJLIS MUAFAKAT ASYURA PERDANA 1439H/2017 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah  bersama hampir 88 agensi dari seluruh Negeri Kedah telah menyertai Majlis Muafakat Asyura Perdana 1429H/2017 di dataran Pahlawan berhampiran Wisma Darul Aman Alor Setar Kedah. YAB Datuk  Seri Diraja Menteri Besar turut sudi singgah di booth PTG Kedah dan beramah mesra dengan team PTG Kedah. Tahniah kepada Pegawai dan kakitangan yang telah memberikan komitmen serta menunjukkan kemuafakatan dalam  menjayakan program ini.

asyura2asyura1

5 Disember 2017 :  Kejohanan Sukan Pengarah Tanah dan Galian Se-Malaysia (SUKAP) Kali Pertama Tahun 2017

Pada 1 hingga 5 Disember 2017, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak telah menganjurkan Kejohanan Sukan Pengarah Tanah dan Galian Se-Malaysia (SUKAP) Kali Pertama Tahun 2017 bertempat di Daerah Muallim dan Ipoh, Perak.

Majlis Perasmian SUKAP telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

PTG Kedah telah menyertai tujuh (7) acara sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Badminton, Sepak Takraw, Bola Jaring, Bowling, Tarik Tali dan Golf. Penyertaan sukan ini melibatkan pegawai dan kakitangan PTG Kedah dan Pentadbiran Tanah daerah.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh YB. Datuk Shahrul Zaman bin Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Syabas ! kepada semua atlit dan warga PTG Kedah yang terlibat di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.

sukap1