4 Mac 2016 : KURSUS PENULISAN SURAT RASMI DAN MINIT MESYUARAT PTG KEDAH

PTG Kedah telah menganjurkan Kursus Penulisan Rasmi dan Minit Mesyuarat pada 2-3 Mac 2016 di Dewan Utama PTG Kedah, Wisma Negeri, Alor Setar.

Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas berkaitan penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat mengikut garis anduan yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses kerja.

7 Mac 2016 : SEMINAR HAKMILIK STRATA 1985 (PINDAAN 2013)

PTG Kedah dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Anggota Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman dan Bahagian Hakmilik Strata Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah telah menganjurkan Seminar Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2013) pada 7 Mac 2016 di TH Hotel & Convention Centre.

Seminar ini bertujuan memperkenalkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan Pemilikan Kosong atau Vacant Possession (VP) secara serentak.

26 Januari 2016 : PROGRAM AMANAT TAHUN BARU 2016

PTG Kedah telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baru 2016 oleh YBHG. Dato’ Haji Noh Bin Haji Dahya, DSDK., AMK., BPL., Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah pada 26 Januari 2016 di Dewan Utama, Wisma Negeri Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh qari jemputan dan tazkirah oleh YBhg. Tuan Sheikh Yusoff bin Hj Ahmad dan ditutup dengan bacaan ikrar dan jamuan makan tengahari.

3 April 2016 : MAJLIS PERPISAHAN PERTUKARAN DAN PERSARAAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN PTG KEDAH

Majlis perpisahan pertukaran dan persaraan pegawai dan kakitangan PTG Kedah telah diadakan pada 3 April 2016 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Utama PTG, Aras 3, Wisma Negeri.

Ybhg. Dato’ Pengarah dan Galian Negeri Kedah telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada pegawai-pegawai yang telah bertukar dan bersara.

5-7 April 2016 : KURSUS PEMBANGUNAN KOMPETENSI ‘MODUL ASAS PENTADBIRAN TANAH’ UNTUK PEGAWAI DAN KETUA UNIT PTG KEDAH

Kursus anjuran Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah untuk pegawai dan ketua unit PTG Kedah.

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi panduan yang lebih jelas, terperinci dan dilihat mampu menjadi landasan terbaik sebagai persediaan dalam membantu memantapkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aspek pentadbiran tanah.

09 April 2016: PERTANDINGAN FUTSAL PIALA DATO’ PTG

Pertandingan telah diadakan pada Penyertaan adalah terdiri daripada agensi-agensi tanah Negeri Kedah seperti JKPTG, PTG , Pejabat Tanah Daerah dan lain-lain.

Juara telah dimenangi oleh Pejabat Tanah Daerah Sik.

17 APRIL 2016 : KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JKPTG PUTRAJAYA KE PTG KEDAH

Pada 17 April 2016 PTG Kedah menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, YBhg Dato’ Dr Sallehuddin bin Ishak serta pegawai-pegawai daripada JKPTG Putrajaya. Tujuan lawatan adalah untuk saling berkongsi maklumat mengenai isu-isu pentadbiran tanah.

20 April 2016 : MAJLIS PENYERAHAN KERETA RASMI YBHG. DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALIAN

Majlis ini telah diadakan pada 20 April 2016 bertempat di lobi Bangunan Wisma Negeri, Alor Setar Kedah.

Penyerahan kunci kereta rasmi kepada YB Dato’ Kewangan Negeri.

15 Mei 2016 : KUNJUNGAN HORMAT OLEH REKTOR KUIN KE PTG KEDAH

Pada 15 Mei 2016 PTG Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), YBhg Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti.

21 MEI 2015 : MAJLIS HARI KELUARGA PTG KEDAH TAHUN 2016

Sambutan  Majlis Hari Keluarga PTG Kedah tahun 2016 anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Anggota PTG Kedah telah diadakan pada 21 Mei 2015, Hari Sabtu di The Carnivall Water Theme Park, Sungai Petani.

Aturcara bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Antara aturcara yang disediakan ialah sesi bergambar bersama Dato’PTG, aktiviti permainan dan cabutan bertuah.
Picture 029

09 jUN 2016 : MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA PERSARAAN YBHG.DATO’PTG KEDAH

Majlis berbuka puasa sempena persaraan YBhg. Dato’ Haji Noh bin Haji Dahya telah diadakan di Dewan Gemilang, Darulaman Golf & Country Club, Bandar Darulaman Jitra.

m_buka2

m_buka3
m_buka5

09 JUN 2016 : MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN YNHG.DATO’ HAJI NOH BIN HAJI DAHYA

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Ybhg.Dato’ Haji Noh bin Haji Dahya telah diraikan dalam satu Majlis Persaraan beliau bertempat di Dewan Utama, Tingkat 3, Wisma Negeri, Alor Setar Kedah pada jam 2.30 petang.

Turut Serta ialah Pentadbir Tanah Daerah, Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Pegawai serta staf Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
dato_bersara`dato_bersara3dato_bersara4dato_bersara6

8 JULAI 2016: Pejabat Daerah dan Tanah Baling musnah 70 peratus dalam kebakaran

Dalam kejadian 10.30 malam itu, kebakaran bermula di bilik hasil di tingkat bawah pejabat dua tingkat itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.36 malam dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.

Menurutnya, seorang pegawai dan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dan usaha memadamkan kebakaran dilakukan.

“Api berjaya dikawal pada 10.45 malam dan dipadam sepenuhnya pada 11.35 malam,” katanya.

Nur Hafizah berkata, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sumber berita :   Harian Metro     Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2016 @ 10:52 AM

1 OGOS 2016 : LANTIKAN BARU PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH

Berkuatkuasa 1 Ogos 2016, Dato’ Haji Md.Zuki Bin Shiru  telah dilantik sebagai Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah yang baru.

Beliau bukanlah muka baru di Pentadbiran Tanah kerana sebelum ini telah menyandang pelbagai jawatan di peringkat Pentadbiran Tanah Negeri sebagai Timbalan Pengarah Tanah dan Galian  (Pembangunan) di PTG Kedah  pada tahun 2010 hingga 2013.  Di peringkat Pentadbiran Tanah Daerah pula, beliau pernah berkhidmat sebagai Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu pada tahun 2006 hingga 2008.  Daerah Kuala Muda pada tahun 2008 dan Daerah Kota Setar pada 2008 hingga 2009.

Kami warga PTG Kedah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya  kepada Dato’ Haji Md.Zuki Bin Shiru atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.

1 OGOS 2016  :  JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016 PTG KEDAH

Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2016, PTG Kedah  telah menganjurkan Jamuan Hari Raya pada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H berlangsung dari jam 11 pagi hingga 4 petang di Perkarangan Wisma Negeri.  Ramai tetamu jemputan yang hadir bagi memeriahkan lagi Majlis ini.

31 ogos 2016 : Sambutan Hari Kemerdekaan Yang ke 59

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah tidak ketinggalan dalam menyertai Kontinjen kawad sempena sambutan diperingkat  negeri Kedah yang telah diadakan di Balai Besar, berhadapan Masjid Zahir, Alor Setar Kedah . Dengan barisan dianggotai oleh 33 orang kakitangan dan diketuai oleh En.Mohd Nasrun bin Suid, kontinjen PTG Kedah  yang segak bergaya dengan  pakaian  korporat merah dan hitam telah memberikan  persembahan kawad yang terbaik. Meskipun tidak memperolehi kejayaan dalam pertandingan kawad kategori jabatan kerajaan , kontinjen PTG Kedah   telah  mempersembahkan persembahan  yang terbaik. Menang kalah adat pertandingan , namun  yang penting ialah penyertaan bagi menzahirkan persaan sayang negara , cinta negara dan menghargai erti kemerdekaan negara.

Tahniah kepada Johan ketegori jabatan kerajaan dimenangi oleh Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.

11 September 2016 : Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah turut menjayakan program bacaan Al-Quran serentak World Quran Hour selama satu jam. Pogram tersebut turut disertai oleh YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta pegawai dan kakitangan.
wq3wq2 mempersembahkan persembahan  yang terbaik. Menang kalah adat pertandingan , namun  yang penting ialah penyertaan bagi menzahirkan persaan sayang negara , cinta negara dan menghargai erti kemerdekaan negara.

Tahniah kepada Johan ketegori jabatan kerajaan dimenangi oleh Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.

27 September 2016 : Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal bersama pegawai serta kakitangan wanita. Perjumpaan tersebut turut membuat perlantikan Ahli Jawatankuasa yang baru serta membincangkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk perkembangan minda dan sahsiah diri.

pp3pp2

20 Oktober 2016 : Pegawai daripada PTG Kedah yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah Timbalan 1 PTG Kedah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PTG Johor bagi melihat cara kerja mengenai isu pentadbiran tanah.
IMG-20161023-WA0007[1]

27 Oktober 2016 : Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut secara gotong royong dikalangan kakitangan daripada semua bahagian/Unit di PTG Kedah. Pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga, Pertanian dan Industri Asas Tani, Kebajikan Masyarakat dan Usahawan Negeri Kedah Darul Aman diadakan di Dataran Pahlawan, Jalan Tunku Bendahara, Alor Setar.
IMG-20161027-WA0038IMG-20161027-WA0036

1 November 2016 : Perlawanan Persahabatan Futsal telah diadakan di Arena Futsal, Sik Kedah pada 1 November 2016 jam 9.15 malam. Antara pasukan yang terlibat ialah pasukan PTG, Pejabat Tanah Daerah Sik, Pejabat Daerah Sik dan Pasukan SO Negeri Kedah. Johan perlawanan telah dimenangi oleh Pasukan SO Negeri Kedah.
IMG-20161202-WA0006

6 Disember 2016 : Pogram Pembangunan Kendiri “One Team” kepada kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah berjaya dilaksanakan untuk 3 Sesi iaitu pada 3-5 November 2016, 10-12 November 2016 dan 24-26 November 2016. Pogram tersebut telah diadakan di Sandy Beach Resort Langkawi bertujuan untuk pembangunan sahsiah diri dan memotivasi kakitangan.

DSC_0796DSC_0830

29 Disember 2016 : Pogram Gotong Royong Perdana PTG Kedah bagi tahun 2016 telah diadakan dengan jayanya. Semua kakitangan telah mula berkumpul di  Foyer mulai jam 8.00 pagi dengan dimulai acara senaman pagi.  Sebelum aktiviti gotong-royong dilaksanakan,  YBhg Dato’ Pengarah Tanah dan Galian telah membuat sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan pogram tersebut.

IMG-20161229-WA0008DSC_1107