Soalan : Bagaimanakah caranya untuk memperbaharui tempoh pajakan hakmilik tanah sekiranya hakmilik tanah sedia ada hanya mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput?
Jawapan : Tiada proses memperbaharui tempoh pajakan di dalam undang-undang tanah. Walau bagaimanapun, tuan boleh menggunakan proses membuat penyerahan balik di bawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula kepada tuan tanah di mana tempoh pajakan yang baru akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri(PBN).
Soalan : Apakah yang tuan tanah harus lakukan untuk mendapatkan kembali tanah yang telah luput tempoh pajakan?
Jawapan : Tuan tanah bolehlah memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Jadual 1 Aturan Tanah Kedah melalui Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan untuk diberi pertimbangan semula.