Soalan : Berapakan kadar untuk tanah merah dan pasir?
Jawapan : Pasir ( 6 meter padu) = RM18.00 sehelai resit
Tanah Merah ( 5 meter padu) = RM10.00 sehelai resit
Soalan : Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap kesalahan mengeluarkan tanah merah @ pasir tanpa permit?
Jawapan : Tindakan yang boleh diambil adalah di bawah peruntukan Sesyen.426 Kanun Tanah Negara 1965. Pengusaha boleh diambil tindakan hingga dibawa ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Soalan : Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pencerobohan tanah Kerajaan?
Jawapan : Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965, pengusaha boleh diambil tindakan hingga dibawa ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Soalan : Apakah saluran yang betul bagi aduan kes kecurian pasir atau pencerobohan tanah Kerajaan?
Jawapan :

1- Pejabat Pengarah Tanah dan Galian

2- Pejabat Tanah dan Daerah Berkenaan

3- Jabatan Pengairan dan Saliran

4- Jabatan Hutan (Simpanan)