Soalan : Saya sudah berkhidmat di Jabatan ini pada tahun 1991. Saya telah mengisytiharkan harta saya sebanyak 3 kali dan kali terakhir iaitu pada 22.4.2005 yang lalu. Perlukah saya mengisytiharkan harta saya lagi?
Jawapan : Tuan/puan perlu mengisytiharkan harta tambahan tuan/puan semula jika berlakunya pertambahan harta sepanjang 22.4.2005 hingga sekarang dengan menggunakan Borang JPA(T)1/02 tetapi jika tidak berlakunya pertambahan harta sepanjang tarikh tersebut, tuan/puan hendaklah mengisi Borang LAMPIRAN ‘A’ (Borang Pengakuan Tiada Perubahan Ke Atas Pemilikan Harta). Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2002, semua pegawai dikehendaki membuat pengisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun di mana tempoh pengisytiharan harta dikira berdasarkan tarikh terakhir pengisytiharan harta itu dibuat.
Soalan : Saya bekerja sebagai Pembantu Tadbir Gred N17 Di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman sejak 01.07.1981. Saya telah mencapai tahap tanggagaji maksima, sudah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005 dan telah lulus Peperiksaan Tahap Kecekapan pada tahun 10.7.2006 dan mendapat keputusan Aras IV. Oleh itu adakah saya perlu mengisi Borang Laporan Penilaian Prestasi tahun ini?
Jawapan :

Tuan/Puan perlu mengisi Borang Laporan Penilaian Prestasi pada setiap tahun kerana Laporan Penilaian Prestasi adalah bertujuan untuk:

i) Menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan pegawai.

ii) Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pemangkuan, pinjaman dan pertukaran sementara.

iii) Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk diberi pergerakan gaji dan anjakan gaji.

iv) Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang, pingat dan bintang kebesaran serta pemberian surat penghargaan.

v) Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan.

vi) Memberi kaunseling dengan bertujuan memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi serta motivasi pegawai.

Soalan : Saya dilantik sebagai Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip0 Gred N11 pada 1 Disember 1996 di bawah Sistem Saraan Baru (SSB). Saya telah pun menghadiri Kursus Induksi Umum pada 23.2.1998 hingga 9.3.1998. Saya telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir(P/O) Gred N17 melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) mulai 16.11.2008. Bolehkan saya dikecualikan dari menduduki/menghadiri Kursus Induksi Umum bagi pengesahan dalam perkhidmatan sekarang?
Jawapan : Puan boleh membuat permohonan pengecualian daripada menduduki kursus tersebut dengan menyertaikan maklumat-maklumat yang berkaitan ke Bahagian Sumber Manusia untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan.
Soalan : Bilakah seseorang pegawai awam layak disahkan dalam perkhidmatannya?
Jawapan :

Seseorang pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah:

i. Dalam tempoh 1 hingga 3 tahun;

ii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Kursus Induksi Kursus;

iii. Lulus peperiksaan yang ditetapkan dan

iv. Mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.

Soalan :

Apakah formula pengiraan AwardWANG Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)?

Jawapan :

Pemberian AwardWANG Tunai Gantian Cuti Rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksima 150 hari. Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan imbuhan tetap mengikut kumpulan perkhidmatan dan gred hakiki pegawai berkenaan.