PTG kedah telah mengadakan Majlis Persaraan untuk Y.Bhg. Dato’ Haji Md. Zuki bin Haji Shiru, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah yang bersara selepas 37 tahun perkhidmatan. Majlis tersebut diraikan di Royal Kedah Kelab, Alor Setar, Kedah pada jam 2.00 petang. 

Y.Bhg. Dato’ Haji Md. Zuki bin Haji Shiru dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja pentadbiran tanah atas kerjasama, sokongan dan pengalaman yang dikongsi bersama.

Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Y.Bhg. Dato’ Haji Md. Zuki bin Haji Shiru.

bersaradatobersaradato2bersaradato4bersaradato3