1Kunjungan Hormat Y. Bhg Dato’ Haji Mohamad Bin Che Nai, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman bersama Y. Bhg Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Darul Ridzuan.

Antara intipati kunjungan ini adalah mengenai beberapa isu berkaitan kedua-dua negeri seperti :-

i. Pembatalan RC kedua-dua negeri.

ii. Isu persempadanan antara Kedah dan Perak.

iii. Kadar bayaran Permit penggunaan sementara bagi maksud “Ladang Solar”

Hasil daripada kunjungan dan perbincangan bersama telah menemui penyelesaian antara dua Negeri.

Hadir bersama dalam kunjungan hormat ini adalah Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Penguatkuasaan dan Teknikal), Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Khidmat Pengurusan) dan Ketua Unit Teknikal PTG Kedah.

Perjumpaan telah diadakan di Bangunan Seri Perak, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Darul Ridzuan.