Program Quran Hour Peringkat PTG Kedah dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah telah dilaksanakan pada 30 Mei 2019(Khamis) di Bilik Gerakan PTG Kedah. Di antara pengisian program tersebut ialah mengaji Al-Quran selama satu jam dan sumbangan hari raya kepada peserta yang disampaikan oleh YBhg Tuan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan). Program tahunan World Quran Hour bermatlamat untuk mengajak dan menggalakkan warga PTG Kedah dan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran.
quranHour2019_2