6 1312 9 8 7 10
11

 

 

 

 

 

 

 

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan enam Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah telah menerima Toyota Hilux 2.4G (A) dan jugak sebuah van kaunter hasil bergerak Maxus V80 daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Majlis Penyerahan telah dihadiri dan disempurnakan oleh Y.B Dato’ Isahak Bin Murat, Pegawai Kewangan Negeri Kedah serta EXCO Kerajaan Negeri Kedah Y.B Dato’ Ir Zamri Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga serta Y.B Asmirul Anwar Aris, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan di Wisma Darul Aman.

Dengan pemberian kenderaan ini diharap dapat memudahkan urusan pentadbiran ini untuk meningkatkan hasil negeri. Dalam masa yang sama pemberian Toyota Hilux ini dapat membantu dalam aktiviti penguatkuasaan yang menjadi tumpuan utama bagi memantau bagi ketirisan hasil negeri. Van bergerak kaunter hasil pula diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu bagi memudahkan orang awam untuk membayar hasil selain daripada berkunjung ke pejabat daerah terlibat.