ALOR SETAR – Program Amanat Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Tahun 2019 dan Pelancaran Kaedah-Kaedah Tanah Kedah 2018 oleh YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar Kedah.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Imam Besar Masjid Zahir.

Tayangan montaj program dan aktiviti Pentadbiran Tanah Negeri Kedah sepanjang tahun 2018.

Ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Md. Zuki Haji Shiru, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman.

Seterusnya Amanat dan Perutusan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman dan Pelancaran Kaedah-Kaedah Tanah Kedah 2018.

YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah membuat penyerahan Kaedah-Kaedah Tanah (KTK) kepada Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah serta Majlis Penyerahan Cek Cukai Tanah oleh Pembayar Cukai.

YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah bersama Pegawai-Pegawai Tertinggi Kerajaan melawat booth-booth pameran.

Turut hadir bersama YB. Speaker Negeri Kedah, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
YB. Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Dato’-Dato’ Pegawai-Pegawai Daerah merangkap Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah Negeri Kedah, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Sumber : Warta Kedah