Bengkel telah diadakan pada 22 Julai 2018 bertempat di Dewan Utama, Tingkat 3, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Penolong Pegawai Tanah dan Pelukis Pelan dari PTG Kedah dan Pejabat Tanah Daerah. Pentadbiran Tanah Negeri Kedah sedang dalm proses membangunkan Aplikasi “e-CHARTING”  untuk kegunaan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan Pejabat Tanah Daerah seluruh Negeri Kedah. Sebelum projek ini dilaksanakan satu kajian perlu diadakan bagi menilai keperluan dan kehendak pengguna.