13 22 23 30 32

 

Bengkel Penyediaan Garis Panduan Kerja Penolong Pegawai Tanah: Kaedah Penyediaan Laporan Am Tanah telah diadakan 17 – 18 April 2019 di Jerai Hill Resort. Hasil dari bengkel ini satu garis panduan dan format penyediaan laporan am tanah telah disediakan.

Objektif daripada bengkel ini adalah :-

i. Membantu pemahaman sesuatu urusan tanah, tujuan dan aktiviti yang hendak dijalankan.

ii. Memberi maklumat mengenai tanah yang dipohon, kedudukan/lokasi, keadaan tanah, keadaan tanah disekitar.

iii. Memberi maklumat sekiranya berlaku masalah berkaitan permohonan tanah.

iv. Memberi gambaran mengenai kedudukan tanah yang terlibat pernohonan.

v. Memberi maklumat sejarah tanah sama ada berkaitan dengan proses
pengambilan tanah, masalah pemilikan dan sebagainya.

Dengan itu satu perjumpaan dan perbincangan bersama semua Penolong Pegawai Tanah Seluruh Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada :-
21 November 2019 pada jam 8.30 Pagi dan Perbincangan Mengenai Garis Panduan Penediaan dan Format Laporan Am Tanah Ver.1.0 2019 pada 24 November 2019 pada jam 2.30 Petang bertempat di Dewan Utama PTG Kedah.

Taklimat dimulakan dengan Implikasi Perundangan Sekiranya Laporan Tidak Tepat oleh Cik Noor Farahin Ibrahim, Pegawai Undang-undang PTG Kedah dan taklimat mengenai garis panduan dan format laporan daripada Puan Rizawati bt Mohamad@Ramli Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan).Hasil daripada perbincangan pada 21 November 2019 ini dibentangkan kepada Y.Bhg Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah pada 24 November 2019.