1 3 4 6 7 8 9

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selasa, 14 Januari 2020.

Operasi rutin rondaan penguatkuasaan awal pagi yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasa PTG Kedah berjaya mematahkan aktiviti pengeluaran bahan batu secara haram yang diusahakan pihak kuari sekitar daerah Padang Terap.

Unit rondaan penguatkuasa PTG Kedah berjaya menahan 4 buah lori tanah yang sarat dengan muatan di Sintok, daerah Kubang Pasu Kedah. Operasi pagi ini turut dibantu unit MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga MPV Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Keempat-empat lori ditahan dan dibawa ke bahagian tahanan sita Wisma Negeri bagi siasatan lanjut.