ALOR SETAR – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah menganjurkan Lab Peningkatan Hasil Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2019 yang melibatkan kutipan hasil tanah, hutan dan daerah bertempat di TH Hotel, Alor Setar, Kedah.

Lab Peningkatan Hasil Negeri Kedah berlangsung selama 2 hari pada 13 hingga 14 Februari 2019.

Turut bersama di majlis tersebut YB. Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YBhg. Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (Pembangunan), YBhg. Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YBhg. Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Sumber : Warta Kedah