Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah PTG dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah Bil.1/2019 pada 23 Januari 2019 (Rabu) bermula jam 9.30 pagi di Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu. Majlis dimulakan sesi bergambar bersama-sama semua ahli mesyuarat yang hadir. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Shahadan bin Abdullah, AMK., BCK., Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian (Pembangunan).

IMG-20190123-WA0020