Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran telah diadakan di Dewan Utama PTG Kedah pada 29 April 2021 (Khamis) jam 9.00 pagi sempena Hari Nuzul Al-Quran 1442H. Seramai kira-kira 60 orang kakitangan PTG Kedah telah hadir bagi mengimarahkan majlis tersebut.
Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), YBhg. Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya dan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran), Puan Zulfatul Husna Binti Zakaria. Majlis ini telah dipimpin oleh Encik Zulkifle Bin Idris.
Sebelum majlis dimulakan, YBhg. Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya dalam ucapannya berkata program ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran ramai kakitangan.
“Perbanyakkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan kerana pahalanya berlipat kali ganda dari bulan-bulan biasa,” tambah beliau.
Kakitangan yang hadir terdiri daripada 20 kakitangan lelaki dan 40 kakitangan wanita telah membentuk dua kumpulan untuk membaca 30 juzuk Al-Quran. Setiap kakitangan akan membaca satu juzuk Al-Quran.