Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Syawal 1442H oleh Tuan Pengarah PTG Kedah telah diadakan pada 10 Mei 2021 (Isnin) jam 12.30 tengah hari bertempat di Pejabat Penghulu Lama, Aras Bawah, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah. Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Tanah dan Galian,Tuan Haji Mohd. Fauzi Bin Mustaffa, AMK., BCK.
Penyerahan Sumbangan Kit Syawal yang terdiri daripada barangan keperluan asas diberikan kepada pegawai dan seluruh kakitangan PTG Kedah. Inisiatif ini dilakukan hasil idea Tuan Pengarah PTG sendiri sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan PTG Kedah. Sumbangan ini juga menunjukkan pihak jabatan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan kakitangan. Majlis ini tamat pada jam 2.30 petang.