Biro Agama di bawah Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan Majlis Bacaan Al Ma’thurat bagi bulan Oktober 2020 pada 27 Oktober 2020 bersamaan 10 Rabiulawal 1442H bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman.
Majlis ini akan diselang seli dengan bacaan yasin pada setiap bulan. Majlis ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), YBhg. Dato’ Abdul Gafar bin Yahya. Semua pegawai dan kakitangan dijemput hadir.