Lawatan 5S daripada PTG Kedah ke TNB Taiping, Perak
Satu lawatan 5S daripada PTG Kedah ke TNB Taiping pada 24.02.2010 telah di anjurkan dengan jayanya oleh Seksyen Pengambilan PTG Kedah.
Rombongan yang disertai oleh anggota PTG Kedah ini bertujuan untuk mendapatkan kaedah dan pengetahuan berkaitan 5S daripada anggota TNB Taiping yang telah mendapat pengiktirafan tersebut semenjak 2008.
Bengkel Perancangan Strategik Pentadbiran Tanah
Bengkel Perancangan Strategik Pentadbiran Tanah Kedah telah diadakan pada 6,7 dan 8 Januari 2010 di SP INN Sungai Petani.
Tahniah dan syabas kepada kepada semua peserta bengkel yang telah berjaya menghasilkan pelan strategik bagi tujuh teras strategik pentadbiran Tanah
Makluman Berhubungkait Dengan Penggunaan Sistem Pembayaran Cukai Tanah Secara Online Pada Portal PTG Kedah
1. Semua transaksi pembayaran cukai tanah bagi negeri Kedah melalui FPX akan dikenakan caj RM 0.50 kepada akaun pembayar.
2. Waktu operasi perkhidmatan pembayaran melalui FPX adalah dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.
3. Untuk menggunakan perkhidmatan semakan dan bayaran secara online, klik pada menu Perkhidmatan > Semakan Cukai Tanah.