Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung laman web.Terima kasih kerana anda melayari laman web kami ini. Laman Web PTG Kedah ini merupakan satu daya usaha dan komitmen semua pegawai dan kakitangan jabatan ini dalam usaha merealisasikan matlamat kerajaan elektronik di dalam semua jabatan kerajaan. Jabatan Tanah dan Galian merupakan sebuah agensi kerajaan yang menjadi pemangkin utama pengurusan pentadbiran tanah. Pelbagai pemodenan dibangunkan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Tanah dan Galian seperti Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan Sistem Pengurusan Kutipan Hasil Tanah (SUKHAT).
Laman ini juga merupakan salah satu usaha jabatan dalam menyediakan saluran capaian maklumat terkini berkaitan perundangan dan pentadbiran tanah dengan agak terperinci. Saya berharap laman ini mampu berperanan sebagai penyebar informasi yang efisyen untuk semua pengguna. Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat jabatan sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan dan perundangan tanah. Sekian,Terima Kasih.
Pengarah Tanah Dan Galian Kedah Dato' Hj. Muhamad Nor b. Hj. Rofie., DSDK., AMK., BCK.