home Muka Utama  
     
  Profil Jabatan  
  klik pada jaringan Perutusan Pengarah  
  klik pada jaringan Maklumat Korporat  
  klik pada jaringan Sejarah & Penubuhan  
  klik pada jaringan Senarai Pegawai  
       
  Khidmat Pengurusan  
  klik pada jaringan Carta Organisasi  
  klik pada jaringan Pengurusan Atasan  
  klik pada jaringan Unit-Unit PTG  
  klik pada jaringan Pejabat-Pejabat Tanah  
  klik pada jaringan Piagam Pelanggan  
       
  Perkhidmatan  
  klik pada jaringan Semakan Cukai Tanah  
  klik pada jaringan Semakan Perserahan  
  klik pada jaringan SMS  
  klik pada jaringan MuatTurun Borang  
  klik pada jaringan Maklumat Kaunter  
  klik pada jaringan Aduan & Cadangan  
  klik pada jaringan Kadar  
  klik pada jaringan Kalkulator  
       
  Media  
  klik pada jaringan Galeri Gambar  
  klik pada jaringan Galeri Video  
       
  Pautan Intranet  
  klik pada jaringan e-Pengambilan  
  klik pada jaringan e-Consent  
       
  Jaringan Kerajaan  
  klik pada jaringan MyGOV  
  klik pada jaringan Kerajaan Negeri  
  klik pada jaringan Kerajaan Persekutuan  
  klik pada jaringan JKPTG  
       
 
 
 
 
 
     
Untuk Kakitangan
     
Katanama  : 
Katalaluan  : 
   
 
 
     
Tarikh kemaskini : 03 Sep 10
Anda pelawat ke : 00665469
     
 
 
 
    Senarai Berita  
         
  Semakan dan Bayaran Cukai Tanah Secara Online  
     
  Mulai November 2008, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah memperkenalkan satu lagi kemudahan kaedah Semakan Cukai Tanah dan Bayaran Cukai Tanah melalui perkhidmatan Bayaran Secara Internet (Online Payment) dengan menggunakan kad kredit atau secara FPX di Portal SUKHAT (Sistem Urusan Kutipan Hasil Tanah) PTG Kedah.

Sehubungan dengan itu pengguna yang mempunyai kemudahan Perbankan Internet daripada bank-bank seperti dinyatakan di bawah boleh menggunakan kemudahan pembayaran secara FPX. Bank-bank tersebut adalah:

Cukai Tanah Online 1.Bank Islam Malaysia Bhd
2.CIMB Bank Bhd
3.Maybank Bhd
4.Public Bank Bhd
5.Hong Leong Bank Bhd
 
         
  Bayaran Cukai Luar Daerah  
     
  Mulai Januari 2008, semakan dan pembayaran cukai tanah boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Tanah di seluruh negeri Kedah

Kerajaan negeri telah menaiktaraf sistem bayaran hasil tanah pada tahun 2007 melalui Sistem Urusan Kutipan Hasil Tanah (SUKHAT) Online bagi menambah kecekapan perkhidmatan di kaunter-kaunter pejabat tanah.Melalui sistem ini, pemilik boleh membuat bayaran dan mencetak bil cukai tanah mereka di mana-mana pejabat tanah di negeri Kedah.

Misalnya, penduduk di Pendang yang mempunyai tanah di Bandar Baharu boleh mencetak bil dan membayarnya di Pejabat Tanah Pendang.

 
         
  Perarakan kereta berhias sempena Jubli Emas ubah wajah Bandaraya Alor Star  
     
  Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR STAR, 8 Ogos - Suasana malam di Bandaraya Alor Star berubah wajah dengan perarakan 22 kereta berhias bersempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Penyertaan kereta berhias dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta menjadikan bandaraya begitu ceria, bercahaya serta penuh warna warni.

Kebawah DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim mencemar duli merasmikan perarakan dengan gimik pelancaran yang menarik perhatian pengunjung.

Turut hadir bagi menyaksikan perarakan itu adalah Kebawah DYMM Tuanku Sultanah Haminah Hamidun, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah, puteri Kebawah DYMM Tuanku Sultan, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Pengerusi Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat, YB Mohammad Radzhi Salleh.

Perarakan ini disaksikan lebih 70,000 pengunjung yang terdiri daripada warga Kedah, negeri-negeri berhampiran dan para pelancong yang setia menanti di tepi jalan-jalan utama untuk melihat dengan lebih dekat keunikan rekabentuk kereta-kereta berhias yang penuh warna-warni itu.

Acara pada malam itu diselang-seli dengan empat persembahan pancaragam daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma, Sekolah Rendah Kebangsaan Sultanah Asma, Kolej Sultan Abdul Hamid serta SMK Che Tom, alunan muzik tradisional Melayu dan India, pertunjukan cingge daripada Persatuan Chingay Negeri Kedah dan tarian singa oleh Persatuan Singa dan Naga Hon Teik Negeri Kedah.

Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh YB Mohammad Radzhi Salleh, beliau mengetengahkan bahawa perarakan kereta berhias seumpama ini boleh dijadikan acara tahunan kerajaan negeri dalam usaha mempromosikan Kedah kepada pelancong.

"Kita lihat perarakan kereta berhias ini berpotensi menarik pelancong di mana ia boleh dijadikan sebagai acara tahunan negeri," ujar beliau.

Kereta berhias dari Yayasan Sultanah Bahiyah dan Pejabat KDYMM Tuanku Sultanah Kedah bertemakan 'Istana Kediaman' telah menarik perhatian di mana dinobatkan sebagai juara dengan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM30,000. Naib juara berjaya dirangkul oleh kereta berhias dari Kerajaan Negeri Kedah bertemakan 'Warisan Merongmahawangsa' dengan hadiah wang tunai RM20,000 dan tempat ketiga disandang oleh Pejabat Daerah Langkawi bertemakan 'Langkawi Permata Kedah' membawa pulang hadiah RM10,000.
 
         
  Rasional gelaran Langkawi permata Kedah  
     
  Oleh Izwan Abdul Halim

LANGKAWI - Tamadun yang dibina dengan mengekalkan warisan tradisi bukan sahaja menarik kedatangan pelancong, tetapi juga menyedaran generasi akan datang dan memberikan inspirasi baru.

Demikian menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak semasa menyampaikan ucaptama pada Seminar Pemantapan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia di Hotel Bayview di sini 7 Ogos lalu.

Ujar beliau, banyak negara mengejar pembangunan tetapi pada masa yang sama merosakkan semua nilai bangsa dan warisannya.

Pun begitu katanya, masih terdapat negara yang tetap mengekalkan warisan dan tradisinya termasuk tingkahlaku penduduknya dengan memberikan beberapa contoh negara di sekitar Mediterranean.

Oleh itu, tegasnya, Kerajaan Negeri juga mahu membangunkan Langkawi tanpa merosakkan warisan tradisi bangsa.

Menjelaskan dakwaan yang timbul mengenai pengumuman nama baru Langkawi iaitu Langkawi Permata Kedah, katanya, Kerajaan Negeri bukan mengubah nama, tetapi menghadiahkan nama baru kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah.

"Langkawi ini adalah (sebahagian) Negeri Kedah, maka kita letak namanya Permata Kedah. Pulau Pinang dulu pun hak (milik) Kedah. Kita panggil, Mutiara Timur. Langkawi ini bukan Wilayah Kerajaan Persekutuan, ianya Wilayah Kedah.

"Bila kita letak nama permata pada Langkawi ini, maka bermakna Kedah bertanggungjawab jaga permatanya. Permata tak boleh letak di pasar bersama ikan-ikan, orang tak jual permata dengan ikan kering.

"Permata ni kita kena letak dalam almari, (bersama) dengan kapasnya dengan lampunya. Maknanya dia mesti dilindungi dan dipelihara," ujarnya menjelaskan pada awal ucaptama itu.

Pada 16 Julai lalu, Ustaz Azizan mengumumkan nama baru bagi Langkawi semasa menyampaikan ucapan menyembah tahniah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah Serta Bintang Kebesaran sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Star.
 
         
  Papan iklan: Peraturan khusus akan dikeluarkan  
     
  ALOR STAR - Kerajaan Kedah akan memperkenalkan peraturan khusus berhubung imej wanita Islam bertudung pada papan tanda iklan, sama seperti yang dilaksanakan di Negeri Kelantan Darul Naim.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, jika peraturan itu diluluskan, semua agensi pengiklanan di Kedah perlu mematuhinya termasuk larangan mempamerkan model wanita Islam tidak bertudung atau tidak bersopan.

"Langkah itu bertujuan menjaga imej dan maruah wanita selain memastikan papan tanda iklan di negeri ini bebas daripada imej berunsur negatif," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sudah melaksanakannya secara berperingkat dan sebagai permulaan papan tanda iklan sebuah jenama produk minuman terkemuka sudah mematuhinya dengan memaparkan imej model wanita bertudung.

"Secara dasarnya, kita mengambil pendekatan yang sama dengan Kerajaan Kelantan yang sudah melaksanakannya sejak beberapa tahun yang lalu," jelasnya.

YB. Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul menjelaskan bahawa imej wanita seksi yang dipaparkan menerusi papan tanda iklan tidak memberi sebarang manfaat kepada produk yang ingin ditonjolkan, sebaliknya hanya menambahkan kecacatan pemandangan.

Ujarnya, kerajaan negeri juga merancang untuk mewujudkan papan tanda bertulis zikir tertentu di sepanjang laluan masuk ke negara ini mulai tahun 2009.
 
         
  Kesejahteraan keluarga asas kekuatan negara  
     
  Oleh Izwan Abdul Halim BANDAR BAHARU, 31 Julai - Kesejahteraan keluarga adalah faktor utama yang menjamin kelangsungan masyarakat dan kerajaan serta kekuatan bagi sebuah negara. Demikian pertegasan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar Kedah Bersama Pegawai-pegawai Kerajaan dan Orang Ramai Daerah Bandar Baharu di Dewan Sri Serdang di sini, 31 Julai lalu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelaksanaan Program Baiti Jannati di daerah itu. Terang beliau, Baiti Jannati bermaksud 'Rumahku, Syurgaku' di mana syurga rumah tangga itu ialah kewujudan sebuah rumah tangga yang penuh dengan kedamaian, kasih sayang dan kemesraan. "Untuk itu, selain memberi perhatian pembangunan fizikal, kita juga akan memberi tumpuan membimbing rakyat untuk hidup bahagia dan sejahtera," ujarnya menyatakan komitmen Kerajaan Negeri. Menurut Ustaz Azizan, tidak ada maknanya mempunyai pendapatan tinggi dan wang yang banyak tetapi tidak dapat hidup dalam keadaan stabil, tidak harmoni dan bahagia. Oleh itu katanya, pembangunan fizikal dan kesejahteraan rumah tangga perlulah seimbang agar segala gejala tidak sihat yang memeningkan banyak pihak dapat dihindari. Mengulas mengenai permohonan perumahan yang tinggi bagi daerah itu, YAB menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri menerima permintaan dari pelbagai pihak untuk membangunkan daerah itu. Ujarnya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) juga telah berhubung dengan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek perumahan. "Kita perlu kaji dari pelbagai sudut. Kita tidak mahu bila kita membangunkan kawasan ini, penduduk kita terlepas ke tepi," jelasnya. Menurut beliau, Kerajaan Negeri sememangnya telah meminta SPNB memberi tumpuan ke Daerah Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Baling. Terang beliau, daerah-daerah itu memiliki banyak tanah untuk dibangunkan tanpa menjejaskan perancangan ekonomi pertanian rakyat. "Rumah yang disediakan mungkin murah, tetapi infrastruktur dan persiapan prasarana yang perlu kita sediakan terlalu tinggi. Oleh itu kita masih berunding dengan pihak-pihak berkenaan," jelas beliau.