UNIT F ( KEWANGAN )

OBJEKTIF

  • Memastikan pembayaran, potongan gaji, elaun dan urusan pembayaran KWSP untuk semua kakitangan pejabat disediakan dalam masa yang ditetapkan.
  • Memastikan penyelenggaraan buku peruntukan (vote book), buku daftar gaji kakitangan  pejabat sentiasa disemak dan dikemaskini agar berbetulan.
  • Memastikan setiap urusan pemindahan atau tambah peruntukan dibuat dengan segera.
  • Memastikan urusan pinjaman kenderaan atau lain-lain urusan pinjaman diberi keutamaan dan diuruskan dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Memastikan anggaran belanjawan tahun hadapan disediakan dengan betul dan teratur.
  • Memastikan semua baucer-baucer pembayaran bagi panjar wang runcit, pesanan kerajaan dan lain-lain lagi dibuat dengan segera.
  • Memastikan penyata borang EC tahunan pegawai untuk cukai pendapatan diiisi dan diserah  kepada pegawai-pegawai berkenaan.

 

FUNGSI DAN PERANAN

  • Penyediaan Anggaran Belanjawan
  • Urusan Penyediaan Gaji
  • Urusan Pembayaran Elaun Perjalanan / Lebih Masa
  • Pembelian Barang-Barang dan Perkhidmatan Lain
  • Urusan Bekalan Minyak dan Penyelenggaraan Kenderaan
  • Penyelenggaraan Stor
  • Pelajar Wang Hasil
  • Penerimaan Wang Hasil
  • Pelupusan Barang-Barang
  • Pendahuluan Pinjaman Kenderaan / Komputer / Basikal