UNIT A

OBJEKTIF

  • Memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam dan Kerajaan adalah menepati matlamat dan tujuan demi untuk membantu dalam mematuhi prosedur-prosedur permohonan yang telah ditetapkan.
  • Memastikan peningkatan kutipan hasil sebagai salah satu sumber pendapatan utama Kerajaan Negeri.
  • Memastikan setiap permohonan yang diterima diberikan keutamaan supaya dapat disegerakan pemprosesannya dalam jangkamasa yang singkat tanpa rungutan ataupun rasa tidak puashati orang ramai.
  • Menyelenggarakan setiap permohonan yang dipermasuk mengikut undang-undang, Dasar-dasar dan sistem serta garis panduan yang ditetapkan.
  • Memastikan pengujudan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkesan.

FUNGSI

  • Untuk menolong pemilik-pemilik tanah agar tidak melakukan kesalahan atau mungkir syarat di bawah undang-undang tanah.
  • Memudahkan kerajaan membuat perancangan pembangunan dengan lebih teratur dan tersusun.
  • Menyimpan rekod-rekod permohonan dengan secara kemaskini dan seterusnya menambahkan perolehan Kerajaan.

PRESTASI KUTIPAN HASIL NEGERI KEDAH DARUL AMAN

BIL

PERKHIDMATAN

PROSES DAN TINDAKAN

BORANG

1.

Memproses Permohonan Untuk Mengubah Jenis Kegunaan Tanah Daripada Pertanian kepada Bangunan Seksyen 124 KTN Borang C

2.

Memproses Permohonan Untuk Mengubah Syarat Nyata Tanah Daripada Bangunan Kepada Bangunan Seksyen 124 KTN Borang C

3.

Memproses Permohonan Untuk Mengubah Syarat Nyata Tanah Daripada Pertanian Kepada Pertanian. Seksyen 124 KTN Borang A & B

4.

Memproses Permohonan Untuk Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah Seksyen 204A KTN Borang 12D

5.

Memproses Permohonan Pecahan Sempadan Tanah Seksyen 135 KTN Borang 9A

6.

Memproses Permohonan Pecahan Bahagian Tanah. Seksyen 142 KTN Borang 9C

7.

Memproses Permohonan Menyatukan (cantuman) Tanah Seksyen 142 KTN Borang 9B

8.

Memproses Permohonan Membatal Sijil Simpanan Tanah Seksyen 64 KTN Borang 2A

9.

Memproses Permohonan Sijil Pindahmilik Tanah Ladang. Seksyen 214A KTN Borang 13C

 

LAIN-LAIN MAKLUMAT
Kesemua aktiviti-aktiviti tersebut di atas adalah sambungan daripada permohonan tuan-tuan tanah / pemohon yang dipermasuk melalui Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan dan seterusnya dipanjangkan untuk kelulusan pada peringkat Pengarah Tanah dan Galian ataupun untuk diproses dan diangkat kepada pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan selanjutnya.