Bil Perkhidmatan Tempoh Masa Penyelesaian
1. Menerima dan memprosespermohonan Ubah Jenis Kegunaan Tanah untuk dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. 30 Hari Bekerja
2. Menerima dan memproses permohonan Penyerahan dan pemberimilikan Semula Tanah untuk dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. 30 hari bekerja
3. Menerima dan memproses permohonan Pecah Bahagian, Pecah Sempadan, Cantuman, Serah Semua Bahagian dan Serah Sebahagian Tanah. 30 hari bekerja
4. Menerima dan memproses permohonan Pindah Milik Tanah Ladang dan Rujuk Permohonan Ke Jabatan Tanah Daerah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pertanian untuk Minta Komen dan Laporan Tanah. 3 bulan
5. Menerima dan memproses Tukar Ganti Plot Kuota Melayu Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. 3 bulan
6. Menerima dan memproses Keputusan EXCO daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk makluman pemohon. 14 hari bekerja
7. Menerima dan memproses permohonan Pecahan Sempadan, Pecahan Bahagian, Cantuman, Serah Semua Bahagian Tanah yang keluasan lebih 100 ekar untuk diangkat dalam mesyuarat EXCO. 30 hari bekerja
8. Menerima dan memproses Pewartaan Kawasan Lapang di bawah Seksyen 62 KTN 1965 Dalam Taman Perumahan. 5 hari bekerja
9. Menerima dan memproses permohonan untuk diangkat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Kes-Kes Rayuan Berkaitan Pembangunan Tanah. 3 bulan